Bimbang Tidak Mampu 'Sara Anak Gadis Orang' Membuatkan Ramai Lelaki Memilih Untuk 'Membujang'.

Oleh: Zuzu Yasmine

Masalah ekonomi sekarang sememangnya sangat membimbangkan. Mana tidaknya, barang yang semakin mahal harganya malah perkerjaan juga semakin sukar untuk diperolehi. Itu belum lagi keperluan hidup seperti kenderaan, perubatan, pendidikan dan macam-macam lagi lah yang sememangnya merungsingkan lelaki zaman sekarang.

Siapa sahaja yang tidak mahu mendirikan rumahtangga, baik lelaki atau wanita bujang tentu mahukan rumahtangga yang bahagia. Akan tetapi, kerana dek tak ada kerja tetap, kewangan yang tidak stabil tentu membuatkan ramai lelaki takut untuk menyara anak gadis orang.

Takut nak beri makan apa pada isteri mereka nanti, pakaian dan pelindungan pun membimbangkan. Tak hanya itu sahaja, segala yang dia ada ini hanya cukup sekadar untuk dirinya sendiri sahaja. Macam mana nak sara anak orang.


Masalah kewangan yang dialami kaum lelaki merupakan antara sebab yang mendorong kepada kemerosotan kadar perkahwinan di Amerika Syarikat (AS). Memetik laporan dari Journal of Marriage and Family, data diambil antara tahun 2007 hingga 2012 dan dari 2013 hingga 2017 sebagai statistik bagi Kajian Komuniti Amerika.

Pengkaji mengkaji faktor kemerosotan perkahwinan dan membandingkan profil ekonomi kedua-dua gender bagi mencari perbezaannya.



Hasil kajian menunjukkan, calon suami ideal mempunyai pendapatan 58 peratus lebih tinggi berbanding pendapatan lelaki sebenar yang tidak berkahwin.

“Kebanyakan wanita mengimpikan untuk berkahwin tetapi berdepan kekurangan calon lelaki yang boleh dikahwini iaitu lelaki memiliki pekerjaan dan pendapatan stabil terutamanya dalam keadaan ekonomi semasa yang menawarkan kerja dengan gaji rendah.

“Perkahwinan hari ini masih lagi berdasarkan cinta tetapi transaksi ekonomi juga sama pentingnya. Ramai lelaki muda hampir tidak mempunyai tawaran menarik untuk perkahwinan, terutama ketika tahap pendidikan wanita secara purata kini lebih tinggi daripada pasangan mereka,” kata penulis utama kajian tersebut, Dr. Daniel Lichter.



Akan tetapi sebagai orang Islam, jangan takut untuk mendirikan rumahtangga walaupun sekarang ini anda rasa anda hanya mampu menyara diri anda. Ini kerana, dengan perkahwinan ini, rezeki yang melimpah ruah malah jika anda berbuat baik pada isteri anda, rezeki akan datang mengejar anda pula.

Majlis yang mewah dan hantaran yang makan berpuluh ribu ringgit itu hanya sekadar adat sahaja. Jika tidak mampu untuk semua itu, maka lakukan yang wajib dahulu. Bila sudah ada wang yang cukup buatlah jika anda mahu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen