Tak Salah Isteri Rahsiakan Pendapatan Sendiri Tanpa Pengetahuan Suami, Bukan Apa... Demi Masa Depan & Diri Sendiri Dulu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Isteri berkerjaya bukanlah satu perkara yang asing lagi pada masa ini. Tidak kiralah, berkerja sendiri mahupun berkerja dari rumah, ia bukanlah satu perkara yang pelik lagi. Sekarang ini, baik suami mahupun isteri sama-sama berkerjasama dalam memberi keselesaan dalam rumahtangga yang dibina.

Untung kalau suami dapat isteri yang rajin berkerja ini. Selain boleh bantu dalam kewangan keluarga, isteri juga sudah tentu akan bantu bila berlakunya kecemasan. Tapi apa yang penting izin suami untuk memberi isteri berkerja itu adalah perkara yang lebih penting demi mendapat rezeki yang halal dan berkah.

Tapi bagaimana pula bila isteri berkerja dan miliki gaji yang tetap setiap bulan, namun berapa banyak yang dia perolehi itu tidak pernah dia kongsi kepada suaminya. Adakah perkara ini wajar dilakukan oleh isteri?

Wajar atau tidak?

Sudah tentu perkara ini wajar dilakukan para isteri demi masa depan dan kepentingan sendiri dikemudian hari. Ini sedikit perkongsian daripada Akhtar Syamir atau lebih dikenali sebagai BroOhsem, yang patut anda baca dan fahamkan.
 


Patut tak isteri rahsiakan pendapatan dan simpanan dari suami? Pada pendapat saya, memang patut dan lebih baik dari mendedahkan semuanya kepada suami.

Ini bukan soal kepercayaan, bukan soal tidak mahu berkongsi, tetapi soal hak. Isteri yang bekerja, gajinya hak 100% milik dia sendiri. Apa juga yang dia belikan atau bantu keluarga adalah dari kerelaan hatinya sendiri,bukannya sesuatu yang MESTI dilakukan.



Sama seperti isteri yang tidak bekerja, jika ada bisnes sendiri seperti perniagaan online atau dropship, tak perlu dedahkan semuanya. Perlu ada untuk diri sendiri dahulu. Itu yang paling utama.

Juga termasuk isteri yang tidak punya apa-apa pendapatan melainkan duit yang diberi suami atau ahli keluarga. Tidak perlu sentiasa memberitahu berapa baki yang tinggal kerana itu adalah hak mutlak si isteri.

Kenapa perlu rahsiakan?



Kerana ada suami yang mengambil kesempatan dengan duit isteri dan menggunakannya seperti ianya memang perlu dikeluarkan isteri. Sebagai contoh bil rumah, ansuran rumah, barang dapur atau bayaran pengasuh dan lain-lain lagi.

Hasilnya, sudahlah penat keluar bekerja, duit pula habis, kerja di rumah pun semua kena buat kerana ianya kononnya tanggungjawab isteri.

Kita sering dengar satu-satu keluarga itu sudah siap bahagikan siapa yang patut bayar itu dan ini setiap bulan. Nak isteri bantu bayarkan itu tak mengapa, tetapi jangan anggap itu sebagai perkara yang memang isteri kena bayar. Kena anggap yang itu adalah hasil bantuan kerelaan hati isteri. Ini mindset yang perlu diperbetulkan.

Apabila sudah "biasa" dibantu isteri. Benda itu seperti tidak bernilai.



Kecuali perkara itu atas pilihan isteri sendiri. Contohnya, isteri mahukan kereta yang lebih hebat dari kemampuan suami. Jadi, itu tangungjawab isteri untuk tambah. Atau rumah yang lebih besar dan mahal dari yang mampu disediakan oleh suami seorang diri. Itu juga menjadi tanggungjawab isteri untuk tambah. Termasuklah perkara-perkara lain yang datang dari keinginan isteri.

Tetapi, untuk perkara yang asas, ianya adalah hasil bantuan isteri dan bukannya tanggungjawab isteri sepenuhnya.

Semoga dapat diperbetulkan pandangan kita akan perkara ini. Ingat, saya bukan tak galakkan berkongsi, saya cuma nak hapuskan rasa yang itu tanggungjawab mutlak isteri.

Kongsikan untuk manfaat semua.

Adakah anda setuju isteri patut rahsiakan pendapatan dari suami? Atau wajib dedahkan semuanya?
 
 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen