Takut Gemuk, Haaa... Ini 5 Jenis Makanan Yang Perlu Anda Elakkan. Nak-nak Sebelum Tidur.

Oleh: Zuzu Yasmine

Masalah berat badan naik sememangnya sangat menakutkan kaum wanita. Mana tidaknya, bila dah naik nanti susah nak turut bahkan keyakinan diri pun akan kurang. Tapi satu tabiat yang tidak boleh dilepaskan sudah tentu makan pada waktu malam, nak tidur dalam keadaan lapar, mana selesa.

Bukan itu sahaja, bila tidur lewat sedikit mula nak selongkar dapur dan peti sejuk nak tegok kalau-kalau ada benda yang boleh dimakan sebelum tidur. Kalau tiba waktu rajin, ada yang siap buat nasi goreng lagi tapi bila tiba waktu agak malas, makan aiskrim sahaja pun boleh.

Memang lena kalau tidur selepas makan ini tapi, makan pada waktu malam adalah sangat dilarang sama sekali terutama sebelum tidur. Tabiat sebegitu sangat tidak baik dan mampu memberikan impak buruk pada kesihatan dan menyebabkan obesiti sehingga mampu menganggu waktu tidur anda setiap malam.

Nak-nak lagi kalau anda ambil 5 bahan ini sebelum tidur, memang boleh naik berat badan tu.
 


1. Aiskrim

Sesetengan wanita kerap menganggap makan aiskrim pada waktu malam bagi mengelak makan makanan yang berat. Namun paling harus di elakkan adalah makan aiskrim sebelum tidur kerana ia sejuk dan mempunyai serat dan lemak tepu pada kadar yang perlahan. Makanan yang manis akan mudah membuat anda terjaga pada waktu malam.



2. Daging merah

Daging mereahakan memerlukan masa yang lama untuk dihadam dan dicerna. Ini kerana makanan jenis ini terdapat serat dengan protein dan lemak yang tinggi. Makanan jenis ini juga akan mengambil masa sepanjang malam untuk dicerna berbanding makanan yang lain. Ia juga akan menimbulkan ketidakselesaan pada perut sehingga menganggu masa tidur anda.

3. Pizza

Pizza juga tergolong dalam salah satu makanan yang mempunyai kalori yang tinggi jika kerap diambil sebelum masuk tidur. Disebabkan lapisan sos tomato yang sememangnya mempunyai tahap keasidan yang banyak, itu yan menyebabkan refluks asid serta berminyak akan menyebabkan pedih ulu hati.



4. Coklat

Semua wanita sangat mengemari makan coklat bukan? Bukan hanya mempunyai rasa yang sedap malah ia juga mengandungi kandungan gula dan lemak yang tinggi. Jika makan coklat sebelum tidur, itu yang menyebabkan anda susah untuk tidur.

5. Alkohol

Banyak yang berfikiran minum minuman yang beralkohol boleh membuat masa tidur anda mencukupi dan nyenyak. Sebenar semua itu salah sama sekali. mungkin alkohol boleh membuat anda tidur lebih cepat, namun itu bukanlah tidur yang lena melainkan ia boleh menyebabkan dehidrasi serta menganggu fungsi pemulihan tidur anda.

Jika anda tidak mahu terkejut melihat berat badan naik secara mendadak dan gemuk, pastikan anda ubah tabiat buruk dan jauhi makan makanan di atas sebelum masuk tidur. Selamat mencuba.
 
 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen