Melupakan Seseorang Yang Pernah Membahagiakan Kita Bukan Satu Perkara Yang Mudah, Tapi Move On Perlu Bila Si Dia Sudah Tidak Sudi Lagi.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sakit, kecewa dan sedih apabila cinta yang diberi sudah tidak dihargai. Tapi apa kan daya, jodoh tiada maka terpaksalah kita move on dan melupakan kenangan yang menyedihkan itu. Tapi memang susah nak melupakan seseorang yang pernah hadir lalu memberi kebahagian dalam hidup ini. Nak-nak lagi bila hari-hari yang dilalui tanpa dirinya, lagi sedih.

Ramai orang menyatakan bahawa susah nak move on ini, ambil masa yang lama bahkan ada yang sampai serik nak jalinkan hubungan. Payah juga selepas kena penangan cinta ini. Tapi, siapa kita untuk melawan Allah yang telah merancang sebaik-baiknya untuk diri kita semua.

Buat anda yang sedang patah hati, kecewa ditinggalkan dan macam-macam lagi tentu masih berjuang untuk move on bukan. Tak mudah dan tak susah juga macam cara yang dikongsikan oleh Dr Saidatul Husna ini. Buat yang putus cinta, jangan give up. Jom kita move on.
 


Kak Sai, ada tips untuk move on tak? Saya baru lepas break up. Kami dah bertunang, nak kahwin dalam dua bulan lagi tiba tiba pihak lelaki minta putus. Bantu saya Kak Sai, saya sedih sangat. Apa patut saya buat.

Lepas baca tu bergenang juga air mata ni. Saya pun tak tahu kenapa sampai menitis nitis ke dagu. Mungkin terlalu menjiwai kesakitan itu.

Sebab nak dia segera bangkit saya pun kongsikan tips move on. Saya kira tips ini berkesan sebab kalau ikut betul betul, inshaAllah tak sampai 14 hari dah boleh move on sepenuhnya.



5 Cara Paling Berkesan Untuk Move On.

1) Buang segala kenangan dengan dia.

Nak buang memori dalam minda ni sukar sikit jadi kita buang kenangan visual yang pernah dia hadiahkan contohnya baju, beg, buku, tudung, jam tangan dan semua benda fizikal.

Jangan sesekali simpan. Makin lama kita simpan, makin lama kita tengok, makin nangis bucu katil, makin susah padam kenangan dari ingatan.

Beri saja hadiah itu kepada orang yang kita tak akan jumpa lagi contoh buat gift preloved dalam online atau wakafkan pada orang yang kurang berkemampuan.

2) Tips kedua ialah block atau unfollow media sosial dia.

Ini paling penting. Block atau unfollow supaya kita tidak terganggu dengan aktiviti harian dia yang buat kita makin susah nak move on. Unfollow juga media sosial kawan kawan dia.

Bukan apa, nanti buka facebook lepas tu muncul newsfeed mereka tengah holiday, tengah outing, tengah mengopi, akhirnya kita juga yang sakit kan? Jadi block sementara FB dia.



3) Tips ketiga ialah sibukkan diri dengan aktiviti yang bermanfaat.

Kita tidak boleh lari dari teringat dia. Itu lumrah. Jadi cara terbaik ialah minta perlindungan Allah dengan membaca istiazah (mohon perlindungan) sebab syaitan akan cucuk kita untuk selalu down dan lemah.

Lemah bukan sifat muslim sebab lama kelamaan membawa kepada putus asa dan jika tidak dikawal, bimbang kita dihasut syaitan pula untuk membunuh diri. Nauzubillah.

Cari ilmu kenal Allah, kenal diri, self improvement, self care, self worth, self love, fikir tambah nilai pada diri biar kuat jiwa dan kuat istighfar.

Mungkin apa yang berlaku adalah kesan daripada dosa silam kita. Fokus pada redha Allah, nanti Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.



4) Buat list apakah yang buat saya jatuh cinta pada ex.

Ingat balik apakah sebab utama saya jatuh cinta pada dia? Sebab caring? Penyayang? Lemah lembut? Serasi? Memahami?

Baiklah. Sekarang ambil semua sifat di atas dan letakkan pada asmaul husna iaitu nama nama Allah.

Jika sayang ex kerana lembut lembut, bukankah Allah Maha lemah lembut? Kalau sayang ex kerana penyayang, bukankah Allah Maha penyayang?

Kalau sayang ex sebab memahami, bijaksana, penyabar, mendengar, melindungi, pemaaf, bukankah Allah Maha di atas semua sifat di atas. Jadi kenapa kita bergantung pada manusia yang Maha kurang jika Allah pemilik segala kelebihan kan.

5) Anda sebenarnya kuat. Yang lemah itu adalah mindset sahaja.

Kuatkan mindset dengan betulkan self image bahawa anda bernilai, kuat, tabah, bersemangat, cepat bertindak, dan yakinlah setiap yang patah itu tumbuh, setiap yang hilang itu berganti.

Lepaskan dia kerana Allah. Jangan bersedih. Maafkan diri sendiri, maafkan dia. Doakan kebahagiaannya dan move on dengan tenang.

Yakinlah, Allah sudah menyediakan perancangan yang lebih baik untuk masa depan anda yang lebih cerah.

Smile and be happy. You deserve a better happiness in this life.

Boleh tolong Sai kongsikan 5 tips move on ini di wall masing masing?

Jom sebarkan pahala dengan membantu orang yang diuji putus cinta, putus tunang atau bercerai supaya kita semua segera bangkit dari kesedihan yang berpanjangan.
 
 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen