Rupanya Bila Dah Kahwin Lelaki Lebih Perlukan Sokongan Emosi Berbanding Wanita. Bakal Isteri Jangan 'Push' Sangat Suami Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kalau bercakap kekuatan yang ada antara lelaki dan perempuan, tentu sahaja akan kata perempuan lemah tetapi lelaki lebih kuat. Perempuan sikit-sikit menangis, tak tahu itu ini pun boleh menangis, berlainan dengan lelaki. Nak jatuhkan air mata bukan main payah lagi. Tapi itu sahaja ke kekuatan yang akan dibandingkan selain kekuatan fizikal?

Kenyataannya perempuan ini lebih kuat dalam menguruskan mental dan emosinya, walaupun selesaikannya dengan air mata yang mengalir.

Satu kajian yang dipengerusikan oleh Dr. Michael Flood di Institut Australia mendapati bahawa apabila berkahwin atau dalam hubungan cinta, lelaki memerlukan lebih banyak sokongan emosi dari wanita yang mereka cintai daripada wanita dari lelaki yang mereka cintai.



Kajian ini telah dilakukan ke atas 19.914 orang dalam lingkungan usia 25 hingga 44 tahun dalam karya “Mapping Loneliness in Australia,” yang menyatakan bahawa lelaki secara mental memerlukan lebih banyak sokongan daripada wanita.



Ada beberapa sebab yang memperkuatkan perkara ini.

1. Wanita secara semulajadinya sememangnya lahir sebagai makhluk yang emosional atau sering melibatkan perasaan. Mereka mampu mengatasi masalah rohani mereka sendiri, berbanding lelaki yang mudah alami tekanan atau mood down ketika berdepan dengan masalah perasaan atau sesuatu yang menekan mentalnya.

2. Wanita ini biasanya mempunyai social support yang akan menyokongnya apabila berdepan dengan masalah, seperti saudara, rakan-rakan terdekat ataupun ahli keluarganya. Berlainan dengan lelaki yang jarang berkongsi masalah peribadinya walaupun sesama lelaki. Sebab itulah apabila berkahwin atau dalam hubungan lelaki lebih bergantung secara emosi kepada isterinya.

Siapa sangka bukan, dari luar kita lihat dia seorang lelaki yang gagah dan kuat, tetapi apabila di dalam dia sentiasa perlukan sokongan daripada orang yang dia sayangi.

Buat bakal-bakal isteri, jangan selalu sangat push pasangan korang. Beri dia sokongan yang membina malah sentiasa berada di belakangnya apa jua keadaan . Barulah nama pasangan ideal.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen