Jangan Hanya Tunggu Di Rumah Sahaja, Ini 4 Tempat Lain Yang Boleh Anda Cari Jodoh Yang Hilang Selain Guna Media Sosial.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalu sangat kita dengar kalau dah jodoh tak akan ke mana-mana, kalau dah jodoh pasti akan bertemu. Ya, tidak kiralah terpisah berapa jauh sekalipuun tetap sahaja kalau dia jodoh yang sudah tertulis buat anda, tentu kalian akan tetap berjumpa dengan dirinya. Tapi masalahnya anda tidak tahu di mana jodoh anda itu, kalau dah tahu mudah untuk anda mencarinya.

Ada orang boleh terjumpa jodoh mereka dengan menggunakan media sosial sahaja, ada pula yang jumpa jodoh dengan kaedah mengawar-warkan status dirinya, ada pula yang dari sekolah lagi dah berjumpa jodoh mereka. Anda pula bagaimana? Kalau tidak ada antara salah satu itu, tentu jodoh anda masih sesat lagi bukan.

Ramai yang mengharapkan media sosial untuk mencari jodoh dirinya. Mana tidaknya kekangan masa dan malas keluar rumah menjadikan ini adalah pilihan yang terbaik sekali. Tapi kalau dah tunggu lama sangat masih tak jumpa lagi, mungkin cara ini tidak sesuai buat diri anda.



Jom cari tahu tempat mencari jodoh yang mudah tapi anda perlu rajinkan diri keluar dari rumah anda.

1. Pusat beli belah, mana tahu boleh terjatuh hati selepas terlanggar bahu.

Seperti yang kita tahu, pusat membeli belah akan dikunjung tidak kira usia, bahkan yang bujang juga tidak ketinggalan untuk sama-sama pergi ke sana untuk membeli belah. Haa... yang anda pula tak akan duduk rumah sahaja sambil berharap jodoh datang. Apa kata anda jalan-jalan di sana sambil mencari jodoh anda yang hilang itu.



2. Cafe atau tempat makan, mana tahu sambil menikmati hidangan ada yang datang serangkan nombor telefon.

Pastinya ramai yang tidak mahu pergi ke cafe atau kedai makan secara bersendirian, malah lebih selesa kalau bersama rakan-rakan. Tidak mengapa, bersama rakan atau bersendirian keduanya boleh dilakukan. Jika dia berkenan terhadap anda, dia akan pergi kepada anda, jika dia memilih rakan anda mungkin jodoh anda akan datang lain kali.

3. Hiking, sambil memanjat boleh panjat hati bakal jodoh anda sekali.

Aktiviti ini sebenarnya paling mudah nak berjumpa jodoh. Mana tidaknya, anda akan berjumpa ramai orang yang mempunyai hobi seperti ini. Jika anda datang bersama kumpul anda, boleh jadi anda akan terjumpa kumpulan lain. Haaa.... mana tahu dalam kumpulan itu ada jodoh anda. Lepas ini bolehlah anda memanjat ke hatinya pula.



4. Pengangkutan awam yang selalu sesak, seperti sesaknya rindu anda padanya.

Jika rumah anda mempunyai kawasan pengangkutan awam, tidak kiralah LRT, MRT, KTM, bus atau apa sekalipun, jangan malas hendak mencubanya. Nak-nak lagi bila anda menaikinya saat waktu puncak. Masa itu anda boleh lihat pelbagai jenis orang bahkan tak mustahil kalau ada terselit jodoh anda di situ.

Mencari jodoh ini bukan hanya berfokuskan satu kaedah sahaja. Banyak lagi perkara yang boleh anda ambil dan lakukan jika menginginkan jodoh dengan segera.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen