Wanita Solehah Dambaan Para Jejaka, Ini 4 Ciri Wanita Solehah Yang Perlu Ada Dalam Diri Setiap Wanita.

Oleh: Zuzu Yasmine

Wanita solehah ini sudah tentu menjadi dambaan mana-mana lelaki untuk dijadikan isterinya. Mana tidaknya, memiliki wanita solehah ini sebagai isteri ibarat memiliki bidadari di dunia ini. Dia punya auranya, masyaallah begitu menenangkan hati sesiapa yang melihatnya.

Buat wanita-wanita, tak nak ke menjadi bakal isteri dambaan para lelaki. Bukan ingin menjadi rebutan para lelaki tetapi lebih menjadi calon isteri yang menenangkan bakal suami dan juga ibu bapanya.

Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu juga sebaliknya. Lelaki haruslah mempunyai pengetahuan agama yang tinggi supaya mampu mendidik wanita yang mereka pilih menjadi wanita yang solehan dan muslimah.



Sebenarnya mudah sahaja nak jadi seorang yang solehah ini, asalkan anda menjada 4 perkara ini anda sudah tersenarai sebagai antara wanita yang solehah. Apa 4 perkara tersebut;

1. Menjaga maruah diri dengan baik

Lelaki yang gemarkan hiburan dan suka berfoya-foya akan mudah didampingi oleh wanita-wanita yang sosial dan berpakaian seksi. Namun bila masuk bab memilih isteri, mereka akan mudah tertarik dengan wanita yang memiliki akhlak yang baik dan terpuji. Paling baik adalah wanita yang tidak terdedah dengan dunia luar dan hanya menumpukan perhatian penuh terhadap keluarga dan anak-anak.

Jangan mudah abngga dengan diri jika didampingi ramai lelaki, ini kerana lelaki sebegitu hanya menginginkan keseronokan. pastikan anda menjaga maruah dan harga diri anda sebagai seorang wanita.



2. Cara berpakaian yang menutup aurat

Cara pemakaian yang sebaiknya untuk wanita muslihah adalah dengan menutup keseluruhan tubuh badannya. Pakaian yang digunakan seharusnya longgar dan tidak jarangsehingga boleh menampakkan bentuk tubuh. Memakai stokin bagi menutupi bahagian kaki serta tidak emmalingkan wajah kepada lelaki yang bukan halal baginya.

3. Menjaga tutur kata

Wanita sememangnya mempunyai suara yang lunak dan merdu. Tipulah jika tiada lelaki yang tergoda dan tertarik bila mendengarnya. Namun bagi wanita solehah, suara mereka hanya akan dilontarkan kepada lelaki yang bergelar suami dan setiap perkataan yang dilontarkan haruslah dengan sopan dan teratur.



4. Menjaga tingkah laku

Wanita yang solehah akan menjaga setiap penglihatan mereka. Lebih-lebih lagi dari panahan mata syaitan yang boleh menarik ke lembah kehinaan. Jangan melihat dan mendekati perkara-perkara yang boleh emndatangkan kesan yang tidak baik pada diri.

Jadilah seorang wanita yang dipandang tinggi dan dihormati oleh seorang yang bernama lelaki. Menjaga maruah diri dan menyerahkannya kepada lelaki yang bergelar suami bukannya lelaki yang pantang melihat wanita berdahi licin. Maruah adalah satu perkara yang sangat penting dan tidak akan ada gantinya. Pegangan agama juga adalah sangat penting supaya mampu menghindari kita dari terjerumus ke arah zina yang sangat dimurkai oleh Allah SWT.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen