Kembali Menjalinkan Hubungan Cinta Setelah Lama Single, Ini Tips Yang Perlu Anda Ikuti.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kembali menjalinkan hubungan setelah putus cinta bukanlah satu keputusan yang mudah. Nak-nak lagi jika anda masih lagi fobia akan hubungan lalu yang tidak kesampaian. Tak hanya itu sahaja, bimbang juga kalau-kalau anda masih belum move on sepenuhnya.

Tapi kalau cepat sangat ada pengganti tentu akan ada mulut-mulut yang berkata menyatakan anda ini begitu mudah melupakan yang lalu tanpa selidik punca dan sebabnya. Tapi itu semua tidak penting, yang penting sekarang ini anda sudah bersedia untuk jalinkan hubungan yang baru ke belum?



1. Jalani proses move on tanpa terburu-buru

Memulakan hubungan baru dengan tergesa-gesa sebenarnya akan memberi kesan kepada diri anda sendiri. Mana tidaknya, anda masih lagi mengingati hubungan lalu malah anda juga akan kaitan hubungan itu dengan yang sekarang ini. Anda juga akan ragu-ragu dan takut hubungan akan berakhir dengan cara yang sama.

Tidak mengapa jika anda terperangkap dalam proses move on yang agak lama. Nanti bila dengan orang baru anda telah yakin dan bersedia menerima pasangan anda.



2. Dengar kata hati anda

Anda sudah bersedia terima kehadiran orang baru? Sudah sedia membuka pintu hati anda buat dirinya? Jika masih teringat akan hubungan lalu, jangan terlalu memaksa diri. Ketahui hati anda, biasanya mereka ini lebih tahu berbanding diri anda. Jika anda belum bersedia untuk menerima orang baru, dengan sendirinya hati akan menolak kehadiran orang tersebut.

3. Bersedia untuk berkongsi hubungan masa lalu anda

Setiap masa lalu perlu dikongsi dengan pasangan baru anda. Nak-nak lagi mengenai mengapa hubungan yang lalu tidak menjadi, ini kerana bakal pasangan anda tentu ingin mengetahuinya. Jadinya, sudah anda bersedia nak berkongsi dan bercerita dengan seseorang yang masih baru dalam hidup anda.



4. Rasa positif

Apabila anda membuka hati terhadap seseorang yang baru itu adalah satu tindak balas yang positif dalam hidup anda. Dimana anda percaya dan mampu untuk move on. Jika anda sudah merasakan bahawa anda mampu jalinkan hubungan yang lebih baik dari yang lepas bahkan anda sudah bersedia untuk terima kehadiran orang baru, tunggu apa lagi.

5. Ambil langkah jika sudah bersedia

Jangan ada rasa takut-takut atau bimbang jika hubungan anda tidak menjadi, itu tandanya anda belum yakin. Jika anda sudah yakin bahawa anda mampu membuka hati buat seseorang, segera ambil langkah dan jangan berlengah lagi. Jika anda tunggu lama-lama mungkin perasaan tidak yakin akan datang semula.

Jangan lama-lama bersedih, nanti makin lama anda berjumpa dengan jodoh anda.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen