Ambil Masa Untuk Berkenalan Dengan Pasangan Sebelum Buat Keputusan Untuk Berkahwin Penting Juga. Biar Lambat Asalkan Selamat.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila umur semakin meningkat, ramai orang yang akan membuat keputusan untuk berkahwin dengan segera walaupun baru sahaja mengenali pasangannya itu. Ini kerana, bimbang jika perasaan bertukar ataupun sudah merasakan bahawa si dia itulah seseorang yang tepat buat dirinya.

Walaupun baru sahaja mengenali dirinya, tetapi membuat keputusan untuk berkahwin dan bercinta selepas kahwin itu adalah perkara yang kerap kali akan dilakukan oleh mereka yang agak terburu-buru. Bagi mereka, tidak perlu kenal lama-lama kalau masing-masing sudah suka sama suka.

Akan tetapi, membuat keputusan untuk berkahwin ini bukan satu perkara yang boleh diputuskan semudahnya. Ini kerana, anda perlu ketahui latar belakang keluarga mereka, bagaimana sikap pasangan anda serta keadaan pasangan anda sendiri. Sebab itulah mengapa berkenalan dengan pasangan dalam satu tempoh masa merupakan satu keputusan yang baik sebelum membuat keputusan untuk berkahwin.



Penyelidikan yang dijalankan oleh Dr. Thomas R. Lee dari Department of Family and Human Development Utah State University lebih lama anda saling mengenali pasangan anda, itu lebih meyakinkan kerana ia akan membawa hubungan ke tahap yang lebih serius dan juga komited.



Mereka yang lebih memilih untuk mengenali pasangan terlebih dahulu akan mudah untuk mengetahui sama ada pasangan ini layak untuk dijadikan teman seumur hidupnya atau sebaliknya. Mana tidaknya, semakin lama anda berkenalan dengan dirinya, semakin rapat dan juga mendalam anda dapat mengetahui mengenai dirinya.

Sesiapa sahaja boleh membuat keputusan untuk berkahwin apabila berjumap dengan seseorang yang anda begitu yakin dia orangnya. Namun begitu, jika anda ingin menghalang risiko penceraian lebih baik anda kenal hati budinya dahulu sebelum berkahwin dengan dirinya.

Beberapa perkara yang perlu anda selidik dan kenal sebelum membuat keputusan berkahwin adalah;

1. Latar belakang keluarganya
2. Sikap dirinya terhadap anda
3. Keadaan dirinya
4. Perkerjaan yang dilakukan

Untuk mengetahui semua ini bukannya boleh ambil masa beberapa hari sahaja, bahkan belum tentu bertahun anda dapat mengetahui semuanya. Akan tetapi, masa yang panjang dapat membantu anda kenal si dia serba sedikit. Taklah lepas kahwin terkejut sangat nanti.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen