Berkahwin Dengan Wanita Yang Sedang Hamil, Apa Hukumnya? Kena Ambil Tahu Ini, Jangan Tolak Hukum Demi Tutup Malu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Semua yang berlaku sudah tentu ada hikmahnya, baik buat anda yang melakukan kesilapan ataupun yang sedang diuji akan perkara sebegini. Jika terlalu ikutkan hati dan hawa nafsu, kadang kala penyesalan yang tiada gunanya.

Sampaikan bila perkara yang tidak diingini berlaku, jalan pintas adalah cara yang paling mudah sekali. Sememangnya bertanggungjawab terhadap perkara yang telah berlaku adalah satu tindakan yang betul, namun perlu sedar adakah tindakan itu wajar dilakukan ataupun ia telah mengenepikan hukum yang ada.

Perkahwinan seperti ini bukanlah satu perkara yang luar biasa lagi di masyarakat kita. Biasanya ahli keluarga akan memilih jalan ini untuk menutup malu, bila mana mereka tahu anak mereka sedang mengandungkan anak luar nikah. Lagi cepat mereka nikah, lagi tersimpan rahsia mereka.

Akan tetapi, berdasarkan kenyataan ini, nikah seperti ini TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila.



Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut.



Saya kongsikan bersama anda;

Soalan 1: Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Jawapan 1: Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2: Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Jawapan 2: Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3: Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkahwin?

Jawapan 3: Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4: Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?

Jawapan 4: Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi secara sah.

Soalan 5: Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?

Jawapan 5: Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.

Soalan 6: Apakah hak seorang anak luar nikah?

Jawapan 6: kebanyakan pendapat menyatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7: Sekiranya hukum menyatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?

Jawapan 7: Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8: Sekiranya seorang Muslim dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?

Jawapan 8: Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9: Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?

Jawapan 9: Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, dahami dan dalami betul-betul dengan Imam/ustaz sekiranya anda berdepan dengan masalah sebegini atau bila perlu.

Jauhi perkara-perkara yang menyebabkan penzinaan, jagalah keturunan nasab kita supaya menjadi genarasi yang mulia.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen