Bila menyerahkan hati dan harapan kepada seseorang, sudah tentu tersangat takut kalau dikhiananti dan dilukai. Mana tidaknya, nak sembuhkan luka kerana cinta ini kadang kala ambil masa yang lama, nak melupakan rasa kecewa itu juga perlukan masa.
Sebab itulah bila mencari cinta atau jodoh ini, ramai yang lebih berhati-hati dan kadang terlampau berhati-hati sampai dia sendiri yang salah ambil tindakan. Ada orang kerana takut akan kecewa, dia pula main tarik tali bahkan ada juga yang jinak-jinak merpati. Dia punya takut terluka itu sampai mempermainkan hati orang lain pula.
Tapi itulah, tak salah nak berhati-hati ataupun terlalu berjaga-jaga. Namun, jangan kerana perkara tersebut anda terus membujang dan menolak si dia yang benar-benar mahukan diri anda.
Jadi macam mana nak tahu kalau anda telah berjumpa dengan seseorang yang betul-betul sesuai. Ini tanda-tandanya.
1. Ada sefahaman
Antara diri anda dengan dirinya mempunyai sefahaman yang baik sekali. Dimana anda dan dia tahu bertolak ansur, mengalah dan bagaimana ingin perbaiki salah faham. Tiada istilah nak bergaduh yang terlalu lama, bahkan tiada juga istilah dirinya memperlakukan anda dengan perkara yang tidak sepatutnya.
2. Sejuk hati apabila melihatnya
Apabila anda melihat dirinya, terasa sejuk sahaja hati anda itu, lapang dan tenang juga turut dirasai bersama. Kadang kala, melihat telatahnya juga membuat anda gembira dan tersenyum bahagia. Aduh, itu baru bercinta belum kahwin lagi. Takut-takut tak sanggup berjauhan walaupun seminit pula.
3. Berani untuk berjumpa ibu bapa
Bila ada keberanian sebegini barulah namanya dia itu sememangnya mahukan diri anda dan bukannya ingin permainkan anda. Tidak kiralah baik lelaki atau perempuan, perkenalan dengan keluarga bukanlah satu perkara yang mudah sebenaranya. Sebab itu bila dia berjumpa dengan keluarga dan ingin kenal dengan lebih rapat tandanya dia serius dengan diri anda.
4. Lebih mendekatkan diri dengan Allah
Kehadirannya telah mengubah diri anda. Jika dahulu liat nak solat, kini dia selalu mengingatkan anda tentang solat. Kalau sebelum ini anda begitu jauh dengan Allah, tapi bila bersamanya anda sudah makin dekat dengan Allah. Malah banyak perubahan yang baik dalam hidup anda.
5. Segala urusan dipermudahkan
Paling mudah nak nampak sebenarnya bila hubungan anda dengannya mendapat restu keluarga, rakan-rakan pun mudah nak terima malah segalanya begitu lancar buat anda. Tapi biasalah dalam hubungan tentu ada dugaan, namun itu pun kalian mampu lalui dengan mudah sekali.
Jangan nak main tarik tali lama sangat, kalau dia itu sememangnya jodoh anda, lari ke mana pun tentu akan bertemu kembali.
Tinggalkan Komen