Jangan Letakkan Pasangan Sebagai Yang Terpenting, Tapi Utamakan Allah Terlebih Dahulu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila masih bujang ini, sudah tentu kita akan tercari-cari pasangan hidup kita. Bila rakan-rakan seumur dengan kita sudah bertemu jodoh, sedangkan kita masih lagi tercari-cari, sudah tentu terasa payahnya nak jumpa pasangan hidup ini. Itu belum lagi, yang dah jalinkan hubungan tapi putus ditengah jalan, ambil masa yang agak lama untuk move on dan macam-macam lagi lah.

Sebab itulah bila dah jumpa pasangan, ramai yang macam takut kehilangan pasangan. Ramai yang lebih utamakan pasangan berbanding perkara lain. Kalau boleh apa-apa harapkan pasangan dan mahukan satu hubungan yang sempurna sekali.

Sebelum kahwin dan utamakan pasangan, inikan pula selepas kahwin. Kerana takut kehilangan, ada yang sanggup telan segala perkara, dan sanggup lakukan apa sahaja buat pasangan.



Dalam hidup ini, jangan terlalu utamakan pasangan kita. Ada perkara lain yang lebih utama kita hidup di muka bumi ini, nak-nak lagi tanggungjawab kita sebagai hamba Allah serta sebagai anak kepada ibu bapa kita.

Kadang kala, bila kita terlalu sayang akan pasangan sehingga takut kehilangan, boleh jadi dia akan pergi bila-bila masa sahaja tanpa kita duga. Adalah lebih baik kalau kita ini bersyukur dengan apa yang Allah berikan, jadi hamba yang tidak lupakan Allah. Bila mana kita sentiasa ingat Allah, maka Allah pun akan jaga apa yang kita sayang.



Kasih kita sesama manusia ini boleh terputus kerana berlakunya kematian, tetapi kasih kita terhadap Allah akan membawa kita ke tempat yang lebih baik sekali.

“Cintailah sesiapa pun yang engkau suka, kerana sungguh kalian akan terpisah.”

Selepas kahwin, walaupun sebahagia mana pun anda dengan pasangan anda, jangan sesekali lupakan Allah. Jangan lupa untuk ucapkan Alhamdullillah dan syukur dengan segala yang anda miliki hari ini. Malah sentiasa yakin bahawa Allah itu adalah tempat anda bergantung melebihi segala perkara.



Bersyukur dikurniakan pasangan yang memahami dan baik, bersyukur diberikan anak-anak yang comel, bersyukur mendapat keluarga mertua yang baik dan pelbagai perkara lagi. Ini kerana, bila anda kehilangan pasangan anda, anda tahu akan ada perkara yang lebih baik dari anda jangkakan akan diperolehi.

Utamakan Allah dahulu barulah utamakan pasangan, barulah hidup lebih tenang dan tidak takut akan kehilangan.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen