Suami Isteri Kena Banyak Selalu Berpegang Tangan, Bukan Takut Diambil Orang Tapi Ada Manfaat Disebaliknya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Masa baru-baru berkahwin, tangan pasangan memang sayang nak dilepaskan. Sampaikan ketika tidur pun nak berpegang tangan lagi. Tapi setelah lama berumahtangga, semakin jarang berpegang tangan walaupun keluar berdua tanpa anak-anak. Ini kerana, merasakan hubungan sudah lama bahkan tak perlu nak romantik-romantik, orang sudah tahu kalian suami isteri.

Mungkin ramai yang beranggapab berpegang tangan ini adalah perkara biasa dan kecil, tak perlu nak diperbesarkan. Bahkan, tiada yang istimewa pun kalau saling berpegangan tangan ini. Nak-nak lagi jika sudah lama bersama.



Sebenarnya, ramai yang tidak tahu akan kelebihan berpegang tangan ini. Berpegang tangan adalah salah satu cara asas yang boleh mempengaruhi kehidupan kita. Menurut, Study Discovers 7 Surprising Benefits of Holding Hands via lifehack.org, apabila kita berpegang tangan, saraf dalam kulit kita berkomunikasi dengan sistem saraf utama, menghasilkan hormon yang boleh membuatkan kita berasa bahagia dan hangat. Kajian baru juga menyebut kesan positif psikologi terhadap sentuhan pada cengkaman tangan.



1. Legakan tekanan

Memegang tangan pasangan dapat membantu mengurangkan hormon stres yang disebut kortisol. Apabila kita tertekan, sentuhan ringan di tangan dapat membantu melegakan ketegangan, baik secara fizikal maupun mental. Kulit kita juga lebih sensitif apabila kortisol merebak di urat kita. Apabila anda mengalami hari yang buruk atau sedih, cuba pegang tangan pasangan anda. Genggaman yang ketat dan hangat boleh melonggarkan badan.

2. Tingkatkan rasa cinta

Pasangan bahagia secara umumnya akan berpegangan tangan secara automatik. Sering kali mereka sebenarnya melakukannya secara tidak sedar kerana ia telah menjadi satu tabiat yang dibentuk oleh sistem saraf mereka. Memegang tangan menghasilkan oxytocin yang boleh membuatkan kita berasa lebih bahagia dan disayangi. Cinta boleh dikekalkan walaupun dipertingkatkan dengan memegang tangan lebih kerap.



3. Kurangkan rasa sakit

Apabila mengalami kesakitan, manusia mempunyai refleks untuk mengetatkan otot-otot badan mereka. Sebagai contoh hanya apabila isteri dalam proses melahirkan. Biasanya isteri perlu memegang tangan suami untuk membantu melegakan kesakitan yang dia alami. Memegang tangan boleh membantu melegakan kesakitan.

4. Tingkatkan keselesaan

Ketika memegang tangan dapat memberikan perasaan yang selesa apabila dilakukan sambil berbual dan berjalan santai. Mewujudkan momen hangat bersama-sama. Meningkatkan keselesaan antara satu sama lain.

berpegang tangan dengan rakan dapat memberikan banyak manfaat. Selepas perkahwinan, saling berpegang tangan perlu menjadi kebiasaan untuk menjaga keharmonian dan kasih sayang.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen