Jangan Takut Nak Pilih Anak Tunggal Sebagai Teman Hidup, Mereka Nampak Sahaja Macam Keras Kepala Tapi Penyayang Orangnya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Jodoh dan pertemuan itu bukanlah berlaku seperti yang kita mahukan dan rancang, ia berlaku kerana itulah ketentuan yang telah ditakdirkan buat diri kita. Sama juga dengan jatuh cinta, ia bukannya boleh dihalang mahupun dipaksa, sedar-sedar si dia telah berada dalam hati kita. Semuanya bagaikan magic!

Kita tidak boleh pilih dengan siapa yang mahu kita berkahwin dan jalani hidup bersamanya sepanjang hayat. Sebab itu kadang kala, kita nak pasangan anak tunggal ini sebab dia banyak kerenah dan pe’el bahkan merasakan tak serasi dan seronok pula.

Tapi, siapa sangka kita ditakdirkan berjumpa dengan mereka dan jatuh cinta padanya. Haa... banyak perkara yang menarik mengenai anak tunggal ini yang anda tidak tahu. Seperti yang kita tahu, anak tunggal ini seorang yang keras kepala dan sangat dimanjakan, sudah tentu susah nak handle dirinya.



Itu memang betul, tapi disebalik keras kepalanya itu ada banyak kebaikan lain yang ada pada dirinya. Untungnya memiliki anak tunggal sebagai pasangan ini kerana mereka tahu bagaimana untuk berdikari. Mana tidaknya, selama ini dirinya hanya seorang diri, jadi dia lebih bijak nak uruskan semua perkara. Jadi jangan terkejut kalau dia tidak meminta bantuan diri anda tetapi selesa melakukannya sendiri.



Dalam diam, anak tunggal ini adalah seorang yang manja. Mana tidaknya, dia ini adalah penyeri buat ibu ayahnya. Sudah tentulah dia akan lebih suka bermanja dan selalu inginkan perhatian. Tak cukup dengan itu, mereka ini sudah tentu akan tahu bagaimana nak ambil hati ibu bapa mertua mereka. Selama inikan dia dah handle ibu bapanya, tentu mudah nak caras kasih sayang dan perhatian dari ibu bapa anda pula.

Ramai yang tidak mahu mendekati anak tunggal ini kerana, mereka ini selalu ingin orang lain ikut akan cara dirinya. Dia mahu segala perkara dan kehendak mereka diikuti tanpa mempedulikan orang lain. Dari segi ini, memang agak menakutkan tapi mereka ini tahu dan jelas apa yang mereka mahukan. Jadi, kata-kata orang lain sukar nak menghantui dirinya kerana dia tetap dengan pendiriannya.

Jangan tak tahu, nak tunggal ini adalah seorang yang setia. Bila mana dia telah jatuh cinta dengan anda maka dia akan terus setia bersama anda, seperti dia begitu setia dengan kasih sayang kedua ibu bapanya. Orang kata, mereka ini kalau dah sayang memang akan setia sehingga ke akhirnyalah.



Anak tunggal ini paling tidak suka berkongsi apa-apa yang dia miliki. Jadi jangan sesekali anda terniat nak berkongsi dirinya atau diri anda dengan orang lain. Mahu jadi gaduh jawabnya. Kalau dia ini seorang yang setia, jadinya anda juga perlu setia. Jangan nak kongsi-kongsi dengan orang lain pula.

Buat pasangan si tunggal ini, jangan terlalu cepat mengelabah dan melenting dalam setiap hal. Kesabaran yang tinggi amat diperlukan dalam anda menguruskan pasangan anda ini. Walaupun apa pun kurang dan lebihnya dirinya, dia itu adalah jodoh yang telah tertulis buat anda. Hargai dan jaganya sebaik mungkin.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen