Panduan Persiapan Hari Bahagia.

Oleh: Rafi

Bagi bakal ratu sehari, pasti persiapan terakhir sudah dilakukan menjelang hari perkahwinan. Kami paparkan 10 perkara yang perlu dilakukan sebulan menjelang hari bahagia.



1. Pastikan anda mencuba baju perkahwinan untuk memastikan keselesaan apabila memakainya.

2. Set korset penting untuk bakal ratu sehari kerana membantu bentuk badan anda dengan lebih baik. Guna korset dengan cermat jika busana menggunakan fabrik sifon lembut.

3. Cincin sudah siap diukur mengikut ukuran jari anda.

4. Hantaran hendaklah siap sepenuhnya supaya anda dapat melakukan persiapan yang lain.

5. Jangan lupa menghantar borang cuti.



6. Ini penting, tempah tok kadi bimbang dia sibuk menjelang hari pernikahan anda.

7. Sijil pra perkahwinan dan borang permohonan berkahwin telah lengkap diisi.

8. Dapatkan laporan cuaca pada hari berlangsungnya majlis supaya boleh membuat persiapan jika berlaku perkara yang tidak diingini.

9. Jangan lupa periksa tempat di mana majlis anda diadakan.

10. Pastikan semua yang bertanggungjawab menguruskan katering, dewan, pelamin, mak andam tahu tarikh, masa dan tempat berlangsungnya majlis anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen