5 Perkara Toxic Dalam Hubungan, Ada Yang Anggap Ia Bergurau & Bermanja. Tapi Sebaiknya Jangan Dibiarkan Begitu Sahaja.

Oleh: Zuzu Yasmine

Untuk mendapatkan hubungan yang bahagia ini adalah lebih baik kalau kita menjauhi perkara yang negatif walaupun dari pemulaannya. Mungkin ia dianggap sebagai perkara yang biasa-biasa sahaja, atau bahan gurauan akan tetapi jika ia sudah menjadi satu kebiasaan tentu sahaja ia akan melukakan diri sendiri.

Sebab itulah, bila rasa tidak selesa beritahu, bila terluka pun beritahu. Barulah pasangan anda perbaiki dan tidak melakukan perkara itu lagi. Namun, biasanya orang akan dikaburi dengan perasaan sayang lalu membiarkan segalanya berlaku, tapi bila sudah tersedar barulah dia mula untuk betulkan semula keadaan, tapi pada masa itu telah terlambat.


Jadinya, perbaiki hubungan dari awal, walaupun hubungan itu masih belum nampak arah ke mana. Tidaklah bila dah serius nanti anda merasakan itu ini tak kena.

1. Memanggil tapi menghina

Mungkin bagi anda ia seolah-olah nama manja tapi dalam pada masa yang sama ia menghina diri anda. Jika anda terasa dengan panggilannya itu hingga membuatkan anda rasa tidak selesa, segera untuk memberitahunya akan perkara itu. Jangan biarkan ia semakin lama dan selesa dalam hubungan. Ini adalah permulaan yang negatif dalam hubungan.



2. Salahkan anda untuk semua perkara

Setiap orang sudah tentu tidak lari dari melakukan kesalahan, tapi itu bukan bermakna dirinya boleh meletakkan setiap salah pada diri anda. Sebaiknya setiap perkara yang salah itu sama-sama diperbaiki, tapi kalau itu bukan kebiasaannya, hati-hati anda mungkin akan merana dalam hubungan seperti ini jika terus bertahan.

3. Tak percaya anda

Kepercayaan adalah perkara yang sangat penting dalam hubungan. Bila mana seseorang hilang kepercayaan terhadap pasangannya, itu akan membuatkan hubungan sukar untuk berkembang dan juga menjadi lebih baik. Jika pasangan anda selalu menuduh anda bukan-bukan dan juga tidak mempercayai anda, ketahuilah hubungan anda sebenarnya sedang goyang.



4. Bergurau kasar tanpa menghormati anda

Hendak bergurau ini ada batasnya, bukan semua perkara boleh dibuat gurau. Tidak kiralah dia lelaki atau perempuan, keduanya perlu ada gurau yang baik bukannya yang melukakan atau mengasari pasangan. Ini kerana, setiap dari kita ada hati dan perasaan yang selayaknya dijaga dan mendapat kebahagiaan bukannya menambah kelukaan.

5. Mendesak anda ikut kemahuan dirinya

Selagi diri kalian belum menjadi suami isteri lagi, selagi itulah dirinya tidak boleh mendesak atau memaksan anda melakukan apa pun yang bukan kehendak anda. Ini kerana, anda masih bebas untuk melakukan apa mengikut keinginan anda. Kalau dari awal lagi dirinya telah mendesak dan memaksa, bagaimana pula selepas kahwin nanti.

Perkara ini sebenarnya boleh nampak dari awal perhubungan lagi, namun itu semua pilihan anda untuk terus kekal bersamanya dan terima segalanya ataupun memilih untuk mengubahnya menjadi lebih baik untuk kalian berdua.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen