Sia-Sia Sahaja Kata Sudah 'Move On' Tapi Masih Lagi Lakukan Perkara Ini. Dah Move On Ke Belum Tu?

Oleh: Zuzu Yasmine

Mulut sahaja kata dah move on, tapi hati tiada siapa yang tahu. Mulut memang hebat dalam melindungi perasaan dan juga sesuatu yang tersembunyi bahkan mulut juga hebat dalam menipu. Kadang kala, menipu bukan kerana apa, kerana nak tunjuk yang kita ini kuat dan mempu melupakan kenangan lalu. Tapi kadang kala bila ia datang semula, segala perasaan tidak mempu nak disembunyikan.

Mungkin nak bagitahu dekat orang lain yang kita ini kuat, mampu lupakan segala perkara yang menyedihkan semudah itu. Boleh jadi, tak nak rasa dipandang lemah oleh orang lain sebab itu menyatakan move on itu adalah lebih baik.

Bila mulut kata move on tapi hati kata belum, ini tindakan yang akan anda lakukan secara tidak sengaja.


1. Masih stalking kekasih lama

Menjadi salah satu rutin harian anda apabila ingin melihat keadaan dirinya. Nak tahu dia itu dengan siapa, atau apa aktivitinya sekarang ini, itu yang membuatkan anda melihat media sosial dan mencari tahu mengenai dirinya. Sedangkan yang sebenarnya, anda masih lagi rindu mengenai dirinya.

2. Bila dia ajak jumpa, terus setuju

Walaupun kalian masih mempunyai hubungan yang baik dengannya tapi itu bukan satu peluang untuk anda berjumpa dengan dirinya. Nak-nak lagi bila anda membuat keputusan untuk keluar bersamanya tanpa berfikir panjang. Mungkin anda rasa rindu dengannya tapi ini bukan satu keputusan yang baik anda lakukan.



3. Masih ada perasaan benci pada dirinya

Apabila anda sudah move on, anda sudah tidak mempunyai perasaan apa-apa pun terhadapnya. Tidak kiralah perasaan rindu, sayang ataupun benci padanya. Ini kerana, masalah kalian telah selesai dan yang berlaku hanyalah perkara yang telah lepas. Buat apa nak kenang-kenangkan lagi.

4. Masih ada perkara yang mengingati dirinya

Baik lagu ataupun satu tempat yang mengingati dirinya tentu sahaja anda tidak mahu lihat atau mendengarnya. Ini kerana, ia akan mengimbau segala kenangan anda bersamanya dulu. Kalau dah move on tak rasa semua perkara ini penting lagi.



5. Bandingkan si dia dengan kekasih yang sekarang

Jangan tak tahu, melakukan perbandingan dahulu dan sekarang juga merupakan tanda anda belum move on. Nak-nak lagi jika anda bandingkan hubungan anda dengan kekasih dengan yang sekarang. Sebenarnya anda sudah move on ke belum?

Move on ini bukan satu perkara yang mudah, tidak salah kalau anda ambil masa sedikit untuk pulihkan hati yang luka. Bukannya begitu terburu-buru mencari pengganti yang hanya dijadikan kambing hitam sahaja.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen