Anak Kelima Ini Unik, Mereka Ini Nampak Matang Tapi Bila Bab Kelakuan Tak Matang. Kalau Pilih Mereka Ini Sebagai Pasangan Kena Bijak Handle & Ikut Rentak Si Dia.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang mempunyai keunikan mereka sendiri. Tidak kiralah mereka ini anak yang ke berapa sekalipun, tapi keunikan mereka bukan sekadar pada kedudukan diri mereka dalam adik beradik tetapi diri mereka adalah keunikan mereka sebenar.

Kalau anak sulung kita tahu mereka ini sangat berdikari, yang kedua pula lembut orangnya , malah yang ketiga penuh dengan sikap dingin dan penyayang, tak lupa juga anak keempat yang pandai beli jiwa seseorang, tapi anak kelima ini apa yang uniknya mereka ini?

Sangat beruntung jika pasangan anda dilahirkan sebagai anak ke lima ini sebenarnya. Apa yang untungnya pada mereka ini, tersangatlah unik sampaikan anda sendiri tidak faham apa yang mereka mahukan. Namun jangan bimbang, artikel ini sedia membantu anda untuk kenal lebih dekat lagi mengenai anak ke lima ini.


Selalunya mereka ini kelihatan begitu matang dalam gaya pemikirannya. Apa yang mereka lontarkan begitu matang sehingga anda merasakan begitu mudah nak berurusan dengan dirinya. Namun, jangan terkejut pula kalau sebenarnya mereka ini hanya berfikiran matang tetapi kalau bab perbuatan pula agak kurang matang. Mereka lebih mudah nak ikut hati mereka berbanding apa yang mereka fikirkan. Itu yang membuatkan mereka ini susah nak difahami dan perlukan kesabaran tinggi nak handle mereka.

Dari luarannya anda nampak dia seperti manja dan sentiasa mahu bergantung harap pada orang lain. Jangan mudah terpedaya, boleh jadi itu sekadar wayang sahaja di depan anda. Anak kelima ini sangat terkenal dengan sikap pandai berdikari. Kiranya kalau tak ada anda pun dia mampu nak uruskan dirinya sendiri. Namun begitu, dia sengaja tidak mahu tunjukkan sikapnya yang tahu berdikari itu pada orang lain.



Lebih uniknya lagi mengenai anak kelima ini adalah jiwa mereka ini penuh dengan rasa romantik, sweet-sweet, jiwang dan begitu mudah tersentuh. Mereka sangat berminat akan karya yang menyentuh hati. Sebab itu kalau nak pujuk mereka, pujuk dahulu hatinya. Bahkan, jangan terkejut kalau mereka ini mudah menangis walaupun menonton drama sahaja. Aduh... Sensitif betul mereka ini.

Bukan seorang yang mudah nak kata sayang pada seseorang kerana memiliki sikap keras kepala sedikit. Tapi, mudah sahaja nak tahu kalau dirinya sayang akan seseorang itu. Dia akan begitu mudah ambil berat, bimbang dan risau terhadap seseorang. Kalau dari awal dia mempunyai sikap itu pada anda, jangan bimbang lagi lah, anda sudah mendapat tempat di hatinya.

Tapi ada yang orang lain tak faham mengenai sikap mereka ini, dimana sikap pemarahnya. Mereka ini bukannya seorang yang mudah marah tapi apabila dia marah akan sesuatu perkara sukar nak dikawalnya. Lebih teruk lagi, habis semua orang kena marah dengan dirinya. Jadi, jangan sesekali nak buat mereka ini marah, habis nanti anda disemburnya.



Mereka ini juga sentiasa inginkan perhatian dari orang yang dia sayangi. Kalau dia tak dapat perhatian dari anda, maka dia akan mula mendapatkan perhatian dari orang lain. Bab ini kena hati-hati sikit, jangan cuai dalam memberi perhatian pada dirinya, jika tidak dia akan memintanya dari orang lain. Kalau sayang dia, beri lebih lagi perhatian pada dirinya. Tentu sahaja dia akan suka.

Walaupun begitu, mereka ini seorang pendengar dan penasihat yang setia. Tentu sahaja segala masalah akan mudah terasa lapang apabila bersama dengannya. Mana tidaknya, dia mampu berikan satu pandangan dan pendapat yang baik. Jadi, rugi kalau lepaskan mereka ini.

Nampak tak uniknya anak kelima ini, apabila anda berjaya mendapatkan hatinya, jangan sesekali lukakan hatinya. Susah nak jumpa pasangan seperti ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen