Bagaimana Membuat Si Dia Lebih Menyukai Anda, Begini Caranya. Pasti Akan Terus Menerus Mencari Anda Nanti.

Oleh: Zuzu Yasmine

Menarik perhatian seseorang bukanlah perkara yang mudah sebenarnya. Nak-nak lagi jika anda dahulu yang menyimpan perasaan terhadapnya, tentu sahaja ia akan membuatkan anda rasa sedikit terburu-buru dalam setiap langkah anda. Namun, nak dapatkan seseorang ini perlu berhati-hati, takut nanti terlepas ke tangan orang lain pula.

Ada cara sebenarnya menarik perhatian seseorang ini, nak-nak lagi jika anda telah mulakan perbualan dan sedikit rapat dengannya. Walaupun masih ada jurang antara kalian, tapi beberapa taktik ini pasti berjaya menambat hatinya sedikit demi sedikit.


Berikut adalah beberapa taktik yang boleh anda gunakan untuk menarik hatinya ke arah anda;

1. Jadi diri anda sendiri

Perkara paling utama dan membuatkan anda lebih selesa dengan hubungan yang tidak pasti ini adalah dengan menjadi diri anda sendiri, dimana anda tidak perlu berpura-pura atau berlakon menjadi orang lain. Anda akan lebih selesa dengan diri anda sehingga akan membuatkan dia juga selesa dengan anda. Paling penting jangan terburu-buru.



2. Bersikap baik

Setiap dari kita ini mempunyai sisi baik yang tersembunyi, sedar atau tidak sahaja. Apabila berdepan dengan seseorang yang anda minati ini, tunjukkan sisi baik anda. Ini kerana, seseorang akan lebih tertarik dengan anda apabila dirinya melihat kebaikan yang ada pada diri anda. Nak-nak lagi jika sebelum ini dia tidak melihatnya.

3. Hormati dirinya

Seseorang akan lebih mudah selesa dengan diri anda apabila anda bijak menghormati dirinya. Dimana anda tahu menjaga batas pergaulan bahkan tahu menjaga hatinya dengan baik. Ini kerana, seseorang yang lebih rasa dihormati ini akan terasa anda begitu berlainan dari orang yang mereka kenali. Bukan mudah nak hormati orang sekarang ini, walaupun melalui kata-kata.



4. Terima kekurangannya

Paling penting, jangan sesekali merasakan bahawa kekurangan dirinya itu akan menjadi satu beban buat diri anda. Akan tetapi, jadikan kekurangannya itu punca anda mendekati dirinya. Itu sebenarnya lebih menarik kalau anda betul-betul ingin mendekatinya setulus hati anda.

5. Beli jiwanya

Kalau bab ini, anda perlu menjadi lebih bijak dalam bermain kata-kata. Anda perlu menjadi seorang yang romantik, sweet dan tahu bermain dengan jiwa mereka. Ini kerana, perkara-perkara sebegini boleh membuatkan seseorang cair dengan diri anda. Jadi tak salah, walaupun sekadar kenalan atau rakan anda mengeluarkan pickupline yang mencuit hatinya.

Dalam menarik hati seseorang ini jangan terlalu bertindak terburu-buru, takut nanti dia tak selesa dan lari pergi tinggalkan diri anda pula. Biarkan anda bertindak secara perlahan tetapi bijak dalam mengambil hatinya. Orang katakan hati tempat bermula semuanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen