5 Perkara Yang Isteri Boleh Belajar Dari Bella Astillah.

Oleh: Rafi

Kes rumah tangga yang melanda pasangan pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz dan Bella Astillah yang tular di media sosial baru-baru ini telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Dalam satu sidang media yang diadakan baru-baru ini, Aliff akhirnya mengakui bahawa dia keluar bersama pelakon, Afifah Nasir yang juga adik kepada Anzalna Nasir bukan kerana permintaan kru pengambaran tetapi atas urusan peribadi. Ramai yang bersimpati dengan isteri Aliff Aziz, Bella Astillah. Namun, ada juga yang kagum dengan sikap Bella dalam mengendalikan hal ini. Kami senaraikan lima perkara yang para isteri boleh belajar dari Bella Astillah dalam mengatasi masalah suami curang.



1. Bersabar dan tenang menghadapi situasi yang dihadapi.

Antara sikap Bella yang paling netizen kagum adalah sifat penyabarnya. Bella juga kelihatan tenang dalam menghadapi situasi yang melanda rumahtangganya walaupun dia masih dalam keadaan berpantang. Jika anda menghadapi situasi yang sama, cuba untuk tidak melenting kerana ini tidak akan menyelesaikan masalah. Sebaliknya, cuba untuk tenangkan diri dan cuba juga untuk bersabar. Jika anda berfikir dengan tenang, anda pasti akan dapat penyelesaian yang terbaik untuk masalah yang anda hadapi.

2. Tidak membuat keputusan terburu-buru.

Satu lagi sikap Bella yang patut dicontohi adalah tidak membuat keputusan terburu-buru. Jangan terlalu cepat sangat membuat keputusan yang akhirnya akan membuat anda menyesal di kemudian hari. Kebiasaannya, anak akan terkesan dengan kes penceraian antara ibu dan bapa. Jadi, jangan mudah mengalah, sebaliknya cuba untuk menyelamatkan rumah tangga anda demi anak anda.



3. Selesaikan masalah dengan baik.

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti akan dilanda masalah atau cabaran dalam perkahwinan. Jika anda dan pasangan anda mengalami masalah rumah tangga, cuba untuk selesaikannya dengan baik. Jangan cepat untuk menunding jari antara satu sama lain. Cuba untuk duduk berbincang dalam keadaan yang tenang. Elakkan dari berbincang sewaktu anda dalam keadaan marah. Ini kerana kemarahan tidak akan dapat menyelesaikan masalah antara anda dan pasangan anda.

4. Tidak membuat sebarang andaian tanpa bukti.

Dalam kes yang berlaku baru-baru ini, Bella tidak begitu cepat untuk menuduh suaminya curang. Sebaliknya, dia mencari bukti terlebih dahulu sebelum membuat sebarang andaian tentang hubungan suaminya itu. Jangan terlalu cepat membuat andaian tanpa sebarang bukti kerana ini mungkin akan menyebabkan salah faham antara anda dan suami anda. Jika anda sudah menemukan bukti, jangan cepat marah kepada suami anda sebaliknya cuba untuk meminta kepastian dari dia. Hal ini perlu dilakukan agar anda tidak membuat tuduhan palsu kepada pasangan anda.



5. Bersemangat dan cekal.

Satu lagi sikap Bella yang mendapat pujian netizen adalah sikapnya yang sangat cekal dan bersemangat dalam menyelamatkan rumahtangganya bersama Aliff Aziz. Jangan terlalu terbawa-bawa dalam kesedihan sehinggakan anda lupa pada perkara lain. Ya, suami curang itu memang sangat menyakitkan tetapi itu tidak bererti kehidupan anda tidak boleh diteruskan. Jadikan anak anda sebagai pembakar semangat sama seperti yang dilakukan oleh Bella Astillah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen