Jangan Terkerjut, Lelaki Rajin Buat Kerja Rumah Ada Akal Yang Lebih Bijak Menurut Kajian.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalunya bila suruh lelaki buat kerja rumah memang tak akan bergeraklah, sebab mereka selalu menganggap bahawa kerja rumah itu ada tugas orang perempuan. Tapi, semasa bujang mereka boleh sahaja melakukan perkara ini tapi bila dah kahwin semuanya menjadi tugas si isteri.

Walaupun tidak semua lelaki agak kurang melakukan kerja rumah, tapi kalau anda jumpa seorang lelaki yang rajin mengemas rumah, ini adalah satu berita baik untuk anda.


Bukan hanya meringankan tugas anda sebagai isteri, malah dirinya juga akan sentiasa ringan tangan untuk bantu anda dalam menguruskan rumahtangga kalian. Aduh, seronoknya kalau dapat pasangan macam ini.

Menurut kajian oleh Dr. Huang Wei Li daripada Taiwan, lelaki yang rajin melakukan kerja rumah akan mendapat 3 manfaat ini, iaitu tinggi EQ, badan yang sihat serta kehidupan yang lebih baik.



Manfaat ini dapat dilihat melalui kecekapan mereka dalam menyelesaikan tugas. Apabila mereka pulang dari kerja dan terus membantu dengan kerja rumah, ini bermakna mereka hebat untuk mengaturkan masa untuk tugas yang berbeza dan menyelesaikannya.

Tambah lagi, lelaki yang rajin mengemas rumah tahu bagaimana untuk meredakan tekanan dan mengelakkan dari menggunakan emosi dalam apa-apa keadaan. Mereka juga mempunyai kehidupan yang baik kerana banyak meluangkan masa di rumah bersama keluarga.

Selepas ini kalau jumpa lelaki yang sentiasa kemas dan keadaan rumah teratur, silalah kahwini dirinya. Bukan sahaja bagus buat diri anda tetapi bagus juga buat dirinya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen