Yang Lama Tidak Akan Sama Dengan Yang Baru, Tapi Kalau Tak Cuba Manalah Tahu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Melupakan seseorang yang pernah membahagiakan diri kita ini sememangnya bukan satu perkara yang mudah. Ambil masa bertahun-tahun nak move dari satu hubungan yang tidak menjadi itu. Belum lagi ditambah dengan bimbang kalau-kalau dikecewakan, sememangnya menjadi kebiasaan buat mereka yang masih dalam proses move on ini.

Setiap orang mempunyai masa mereka tersendiri untuk move on. Ada yang ambil masa berminggu, berbulan malah ada yang bertahun. Makin lama masa untuk move on diambil, makin lambat dirinya untu sembuh sebenarnya. Mana tidaknya, masih terbawa-bawa akan perasaan sendiri yang tidak akan berkesudahan itu.

Ada juga yang masih berharap kalau-kalau, dirinya masih ada peluang lagi menyambung hubungan yang terputus dulu, bahkan ada juga yang berharap kalau dirinya dipujuk untuk kembali bersama. Kalau terlalu banyak harapan dan sentiasa berharap ini, memang lama lagilah jawabnya nak move on.


Tak sama dan tak serupa

Bukan tak boleh move on, boleh sahaja cuma kalau boleh bila jalinkan hubungan baru nanti masih berharap dapat orang yang sama seperti bekas kekasih dulu. Orang yang lama ini tidak akan sama dengan orang yang baru. Boleh jadi yang baru ini lebih tahu mengharagai cinta anda dan lebih segalanya berbanding dahulu.

Jangan takut nak mulakan langkah baru kerana bimbang kalau-kalau pasangan anda yang baru akan lebih banyak ragamnya. Sekurang-kurangnya, diri anda sudah tidak meletakkan satu harapan kosong yang hanya ingin menyedapkan hati sendiri sahaja. Sekurang-kurangnya sekarang ini anda boleh bina perkara baru dan rawat luka yang baru.

Ketakutaan itu sentiasa ada

Jika anda tidak cuba untuk melawan segala ketakutaan anda itu, sampai bila-bilalah anda akan kekal dalam keadaan yang sama. Dimana, anda akan meletakkan satu harapan yang tidak pasti tetapi pada masa yang sama rasa ingin disayangi. Apabila kita inginkan sesuatu, kita perlu berani untuk melawan segala ketakutan itu. Tidak kiralah ketakutan itu akan membuat anda lemah atau tidak, tetapi yang pasti anda telah mencubanya.



Cuba dahulu

Jangan takut ingin mencuba sesuatu yang melawan ketakutan dan kebimbangan anda itu. Pada awalnya memang akan terasa seperti itu, lama kelamaan anda jumpa yang serasi dan sesuai buat diri anda, barulah tahu bagaimana rasanya.

"Cuba dahulu untuk menjalinkan hubungan yang baru, mana tahu kali ini lebih bahagia. Kalau tak berjaya, cuba lagi."



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen