"Nak Kahwin Lambat Tapi Mak Dah Push Suruh Kahwin?" Ini 10 Alasan Bijak Buat Wanita Yang Mahu Kahwin Lambat.

Oleh: Zuzu Yasmine

Runsing-runsing bila ditanya “bila nak kahwin?” ïni. Mana tidaknya bila ditekan sana sini, kiri dan kanan tentu sahaja membuatkan anda hilang jawapan nak diberikan. Malah anda merasakan bimbang pula. Ibu bapa mana yang mahu melihat anak mereka ini membujang terlalu lama, nak-nak lagi jika umur anda semakin meningkat dan sudah mencecah 30an, aduhh... memang setiap kali pulang ke kampung kena bising lah cerita dia.

Tapi bukan hanya ibu bapa sahaja yang bising, ada juga makcik dan pakcik ataupun adik beradik lain yang turut menambah perisa dalam setiap bebalan ibu bapa anda. Dah tak tahan telinga?

Sudah tentu anda ingin cari pelbagai alasan yang logik lagi munasabah untuk membuatkan ibu bapa anda diam sebentar dan memahami keadaan anda. Dah tentu juga segala alasan yang diberikan itu perlu lebih berhati-hati agar tidak terguris hati mereka.

Eh, bukan boleh guna pada ibu bapa sahaja, dengan mereka yang sibuk bertanya pun boleh juga. Nak tahu apa alasannya?



‘Saya sedang membina karier demi hidup berkeluarga nanti’, ‘saya sedang fokus untuk kenaikan pangkat..selepas itu baru bersedia’ atau ‘sebenarnya sedang mencari jodoh yang satu tempat kerja’. Gunakan alasan yang beri sudut yang positif, terapkan dalam minda anda apa-apa pun alasannya haruslah memberi kebaikan untuk berkahwin lewat.

PTPTN, bayaran bulanan kereta, pinjaman modal perniagaan dan banyak lagi lah yang kena anda bereskan. Beritahu sahaja kepada mereka yang anda tidak mahu membebankan suami anda dengan hutang dan yang paling penting anda inginkan kehidupan perkahwinan yang bebas dari tanggungan hutang. Wow! Pasti ibubapa anda bangga dengan kenyataan ini. Hehehe. Jangan lupa untuk beritahu anda juga sedang menyimpan untuk hari perkahwinan nanti.



Jangan anggap diri anda loser jika belum menemui pasangan. Hey! Good things always come late. Jadi jujur sahaja kepada ibubapa yang sememang anda belum ada teman lelaki untuk dinikahi. Diingatkan juga tekankan yang anda punya rakan lelaki tapi tiada yang serasi untuk hidup bersama. Iyalah, tak mahu ibubapa anda fikir anda sejenis yang tidak bersosial pula. Jelaskan pada mereka, anda masih mencari yang sesuai dan serasi untuk dijadikan suami. Alert! Jika tiba-tiba ibumu menyuarakan untuk carikan calon, cepat-cepat anda berikan senarai perangai lelaki yang patut anda jauhi, biar dia tahu anda betul betul menitikberat soal ini.

Tidak kisah lah anak sulung atau bongsu, kita masing-masing punya tanggungjawab kepada keluarga dan ibubapa. Beritahu mereka yang keluarga adalah fokus utama anda selepas perkahwinan. Pasti ada diantara pembaca kini sedang menyara belanja pembelajaran adik-adik yang sedang bersekolah atau melanjutkan pelajaran bukan? Iyalah, hidup di zaman ekonomi yang kurang bagus ini kadang-kadang perbelanjaan tidak cukup hanya dari satu pihak.



Bagi mereka yang sudah berumur 30tahun keatas, pasti ada diantara kamu sudah memiliki aset sendiri seperti rumah, kereta ataupun perniagaan sendiri. Jadi anda sudah terbiasa bahkan lebih selesa dengan kehidupan seorang diri a.k.a berdikari. Juga anda sebenarnya mencari calon suami yang punya sama standard seperti anda bukan?

Oh yeah, jiwaku masih muda! Ha’ah..muda lah sangat. Katakan yang anda belum puas untuk enjoy sebagai single person. Anda masih ingin berhibur bersama rakan-rakan serta ada banyak lagi negara yang belum anda travel. Cukup anda membahagiakan diri sendiri barulah sedia untuk membahagiakan orang lain pula.

Tak salah pun jika anda beri alasan untuk menambah ilmu agama dahulu sebelum sedia ke alam perkahwinan. Yang salah bila mulut sahaja yang berkata, tapi buatnya tidak. Betulkan niat dihati dan lakukan dengan ikhlas, dengan izin tuhan pasti bakal suami anda juga seorang yang lengkap dengan peribadi ilmu agama. Jika ada yang berkata ‘hanya perlu tunggu suami untuk mendidik isteri’ cantas sahaja dengan jawapan ‘lebih indah rumah tangga itu bila masing-masing sudah tahu hukum-hakam dan sedia untuk menerima nasihat, pendapat dari dua pihak‘. Bukankah itu satu bonus walaupun berkahwin lewat?

Komitmen perkahwinan sangat luas untuk dijaga. Dari aspek menjaga kebajikan suami, anak-anak sehinggalah kepada keluarga mertua dan banyak lagi. Perlu persediaan dari segi mental dan fizikal yang kuat. Terus-terang yang anda belum dapat menerima untuk menanggung komitmen yang besar dan banyak lagi perkara yang perlu anda belajar untuk membentuk sifat tanggungjawab. Senang kata, kahwin lambat ini khas untuk orang yang matang. Setuju tak?

Tapi kalau merasakan semua alasan itu telah digunakan dan malas untuk beri penerangan panjang lebar, boleh sahaja anda gunakan alasan belum ada jodoh. Bukan ke jodoh itu adalah aturan Allah, jadi kenalah percaya bila tiba waktunya kelak. Haaa... tentu mereka akan diam nanti.

Berkahwin lambat bukan pengakhiran untuk semua perkara bukan?



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen