Bila Dah Halal Ini, Jangan Malu Nak Bergurau Senda Dengan Pasangan. Nak-Nak Lagi Bergurau Bentuk Sentuhan Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Rumahtangga akan menjadi sunyi dan suram apabila tidak ada gelak ketawa di dalamnya. Malah, hubungan akan menjadi renggang dan ketat bila anda tidak serikan dengan gurauan yang mencuit hati pasangan. Walaupun gurauan dan gelak ketawa itu hanya sekejap dan kadang kala ia satu lawak bodoh sahaja tetapi ia akan kekal dalam ingatan pasangan kita.

Seperti yang kita tahu bahawa komunikasi itu penting dalam hubungan untuk jernihkan apa yang sepatutnya, akan tetapi bergurau juga merupakan salah satu perkara penting untuk anda atau pasangan kekal rasa bahagia dan gembira dalam hubungan anda.



Rumahtangga akan lebih berseri bila adanya gelak ketawa dan saling bergurau di dalamnya. Tidak kiralah, baru berkahwin atau sudah lama berkahwin saling bergurau ini akan membuatkan emosi kalian lebih rasa gembira dan bahagia.

Tak tahu nak bergurau macam mana dengan pasangan anda? Jangan risau, ini ada beberapa cara yang boleh anda lakukan. Akan tetapi, perlu diingatkan bahawa bergurau perlu hadnya jangan melampau sangat sampaikan pasangan anda rimas pula.



1. Gurau berbentuk sentuhan

Bila dah kahwin ini semua benda dah halal dah. Jadi jangan malu kalau nak peluk pasangan anda. Nak-nak lagi ketika sedangn isteri sibuk di dapur, peluklah si dia dari belakang. Kadang kala suami baru pulang kerja, peluklah juga walaupun bau agak masam. Bila berpelukan, kalian akan rasa tenang dan bahagia sahaja.

2. Geletek pasangan

Bila pasangan merajuk dan malas layan anda, apa lagi geletek lah dirinya biarkan dia ketawa dengan kuat. Mana tidaknya, geletek ini sememangnya akan meghiburkan hati. Nanti secara tidak langsung kalian akan main kejar-kejar pula. Aduh! Dah macam cerita hindustan pula.

3. Lawak bodoh

Paling seronok sebenarnya bila lakukan lawak bodoh ini, walaupun tidak kelakar tetapi lama-lama ia akan menjadi kelakar juga. Nak-nak lagi jenis yang tersasul percakapan ataupun tersalah cakap. Tentu akan jadi bahan dengan pasangan untuk saling mengejek. Tapi kalau macam dah tak laku, tukar lawak lain pula.



4. Main sorok-sorok

Tentu seronok bila lihat muka pasangan bimbang mencari anda bukan? Jadi tak salah kalau anda main sorok-sorok bersama pasangan anda walaupun dalam rumah sahaja. Bila dia panggil buat tak dengar dan segera menyorok selepas itu terkejutkan dia pula. Tentu akan jadi gelak ketawa di dalam rumah.

5. Cium tangan pasangan

Secara diam-diam, cubalah cium tangan pasangan, cium pipi dan dahinya. Perkara-perkara sebegini akan memberikan senyuman kepadanya. Nak-nak lagi jika anda ini jarang sekali nak melakukan perkara ini kepadanya. Ciuman membantu tenangkan emosi pasangan.

Selepas ini jangan malu nak lakukan semua perkara ini dengan pasangan. Bila hubungan penuh rasa gembira, kalian dengan sendirinya akan terasa bahagia.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen