Hebatnya Ciptaan Allah, Ini 5 Fakta Menarik Mengenai Sel Ovum Yang Ramai Wanita Tidak Tahu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Banyak perkara menarik dan hebat dengan ciptaan Allah ini yang ramai belum tahu. Mungkin ada yang tahu bahawa sel telur wanita ini mampu mengandungkan anak sahaja. Perkara-perkara lain, kita mungkin tidak begitu terdedahkan.

Jika seorang wanita mampu membawa anak di dalam perutnya selama 9 bulan, sudah tentu banyak lagi kehebatan seorang wanita ini yang anda tidak tahu bukan. Kadang kadang kita lebih kenal telur ayam di dapur berbanding telur sendiri kan. Rupanya sel telur wanita pun luar biasa hebatnya.

Dipetik dalam perkongsian Dr Saidatul Husna, mengenai 5 fakta menarik tentang sel telur wanita atau sel ovum yang ramai wanita tak tahu.

1) Ovum adalah sel terbesar di dalam badan. Boleh dilihat dgn mata kasar tanpa menggunakan mikroskop. Saiznya umpama sebutir garam pasir.



2) Ovum tercipta semasa kita dalam kandungan ibu. Bilangannya banyak,

🌹 2 - 5 juta semasa janin,
🌹 berkurang menjadi 1 juta selepas dilahirkan.
🌹 berkurang menjadi 300 ribu semasa akil baligh.

Setiap bulan, lebih 100 ovum akan matang dan hanya satu yang berjaya keluar menuju ke rahim. Yang satu ini kalau bertemu dengan sperma, akan terhasil lah janin.

3) Perempuan ada dua jenis kesakitan setiap bulan. Sakit semasa haid (senggugut) dan sakit semasa ovulasi.
Sakit senggugut dikatakan oleh hormon prostaglandin yang menyebabkan organ rahim mengecut dengan kuat dan iskemia (kekurangan oksigen).

Sakit ovulasi pula disebabkan luka di permukaan ovari semasa sel ovum menetas keluar dari situ.

Kedua jenis sakit ini menjadikan pinggang lenguh, nyeri pada rahim dan aktiviti harian menjadi terhad dan terganggu. Emosi kacau, sangat mudah menjadi 'singa'. 😅

4. Ovum ada tempohnya sendiri. Paling lama dia hidup pun selama 36 jam. Waktu subur inilah sepatutnya sperma datang untuk persenyawaan.

Namun jika tiada sperma, bulan itu ovum akan merajuk, menangis dan terhasil lah aliran darah haid.

Jadi bagi mereka yang ingin menimang cahaya mata, perlu tahu waktu subur berlaku antara 24-36 jam sahaja. Masa inilah sesuai untuk 'family planning' selain kaedah perancangan yang lain.

5. Walaupun berjuta juta sperma berenang menuju ke peranakan, hanya satu sperma sahaja yang ovum pilih untuk disenyawakan menjadi janin.

Bila dah dapat satu sperma, segala pintu ovum untuk sperma lain akan tertutup rapat. Jadi sperma yang berjaya akan menang.

Betapa setianya ovum dalam jasad perempuan kan, hanya pilih satu sperma buat teman hidup, tiada dua tiada tiga. Geng P Ramlee yang madu tiga tu boleh baca kenyataan ini tiga empat kali ya. 😁

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.” (Surah At Tiin : 4)



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen