Selain Manja, Lelaki Juga Mudah Selesa Dengan Perempuan Kasar. Patutlah Ini Kelebihan Mereka Rupanya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Seperti yang kita tahu, orang lelaki ini kalau memilih pasangan sudah tentu mahukan seorang yang lemah lembut, sopan santun dan penuh dengan keayuaan. Kalau jenis yang kasar-kasar dan agak boyish ini memang mereka tak layanlah ceritanya.

Tapi itu tanggapan anda sahaja, sebenarnya wanita yang sedikit kasar dan agak boysih ini lebih mudah untuk berasa selesa di sampingnya. Sebab itulah, sekarang ini rata-rata lelaki lebih memilih wanita seperti ini berbanding wanita yang penuh kelembutan.

Ini kerana, dikatakan bahawa wanita seperti itu agak leceh untuk ditangani berbanding dengan wanita yang kasar ini. Nak tahu apa kelebihan mereka ini? Jom baca ini.



1. Lebih mudah bergaul

Ini yang paling mudah nak lihat dalam diri mereka. Bukannya tidak ada rasa kekok atau malu, tapi mereka ini lebih mudah untuk bergaul dengan sesiapa sahaja baik lelaki atau perempuan. Malah yang membuat lelaki selesa dengannya adalah apabila dirinya itu tidak gedik dan lebih spontan. Aduhh... sesiapa pun selesa kalau macam ini kan?

2. Tak kisah mana nak pergi

Tidak memilih tempat ini membuatkan lelaki begitu selesa dengan mereka. Jika dengan wanita yang menjaga penampilan dan sentiasa menjaga itu ini sudah tentu tidak mahu warung tepi jalan atau kedai mamak. Tapi kalau dengan wanita ini, tiada masalah nak bawa ke mana, semuanya dia boleh terima walaupun bersama rakan-rakan anda.



3. Tak memilih makanan

Paling mudah nak urus bab makanan adalah mereka ini. Tak perlu malu-malu atau menjaga ayu saat makan, malah setiap kali makan juga akan habis dan tidak membazir. Akan tetapi yang paling penting adalah apabila dirinya ditanya “nak makan mana?” tentu sahaja tidak kisah ke mana sahaja yang pasangan bawa. Tak lah pasangan pening kepala nak makan apa.

4. Tak begitu teruja akan pakaian atau solekan

Kalau wanita lain biasanya tentu akan minta untuk dibelikan makeup, baju atau tudung yang sedang hangat di pasaran sekarang. Mana tidaknya, tak mahu ketinggalan atau terlepas jualan murah membuatkan mereka ini kelihatan agak berlebih-lebih dalam meminta. Tapi buat mereka yang agak kasar pula, tidak begitu kisah terhadap jualan murah mengenai dua perkara ini. Jimat sikit duit dengan mereka ini.



5. Lebih mudah memahami dunia lelaki

Wanita lain, bila lelaki nak lepak tak beri. Nak bermain game atau bersukan bersama rakan-rakan, akan dianggap curang. Akan tetapi, berbeza dengan wanita kasar ini, dia lebih memahami akan lelaki kerana mereka mempunyai minat yang sama. Kalau lelaki bermain game, dia pun akan turut bermain game juga. Alah, mudahnya nak berbincang dengan mereka ini.

Ini baru sedikit mengenai mereka ini. Apabila anda kenal dengan mereka secara lebih dalam lagi sudah tentu anda lihat lebih banyak kelebihan yang ada dalam diri mereka. Kalau dah ada sorang macam ini, simpan elok-elok jangan cari lain pula.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen