Masalah perut buncit ini sememangnya dialami oleh ramai orang. Ia bukan lagi tertumpu pada mereka yang sudah berkahwin sahaja tetapi mereka yang belum berkahwin juga berpeluang mempunyai masalah ini.
Buat mereka yang masih bujang, tentu sahaja masalah perut buncit ini buat mereka rasa kurang berkeyakinan. Nak pakai baju lawa sedikit bimbang kalau menampakkan perut yang buncit itu, malah nak makan lebih sedikit pun tak boleh.
Ada banyak punca mengapa perut kita buncit, cuma kita sedar atau tidak akan perkara itu.
Menjaga kesihatan tubuh badan semestinya bukanlah perkara yang mudah, ia memerlukan displin, konsisten dan daya tahan yang kuat sehingga ramai yang mengambil mudah tentang hal ini meskipun sedar bahawa ia membahayakan kesihatan mereka.
Terdapat beberapa amalan yang kita lakukan sehingga menyebabkan perut cepat buncit:
1. Masih mengunyah pada tengah malam
Badan manusia akan membakar timbunan lemak ketika kita sedang tidur, tapi proses tersebut tidak dapat dilakukan dengan baik jika kita tidur dalam keadaan perut kenyang.
Bukan sahaja ia akan sukarkan proses membakar lemak, tetapi ia meningkatkan risiko gastrik dan masalah pencernaan.

2. Stress eating
Stress eating atau makan ketika beremosi (sedih atau marah) boleh menyebabkan perut menjadi buncit.
Makan ketika emosi kita tidak stabil boleh menyebabkan kita makan berlebihan tanpa disedari. Cara yang terbaik untuk mengatasi emosi seperti ini adalah cuba untuk bertenang dan minum segelas air terlebih dahulu.
3. Tak cukup tidur
Bila seseorang itu tidak cukup tidur, hormone tekanan iaitu kortisol akan makin meningkat dan boleh mendorong sesorang itu untuk makan makanan bergula.
Oleh itu, cubalah dapatkan tidur yang ideal setiap malam supaya hormone kortisol seimbang dan stabil serta meningkatkan pengeluaran hormone leptin (hormone membantu mengawal nafsu makan).

4. Penggunaan pinggan yang besar
Okay penggunaan pinggan makan yang besar boleh menjadi faktor ye! Ada satu kajian yang membuktikan bahawa dalam kalangan individu ibesiti, kebanyakan mereka menggunakan pinggan besar bagi membolehkan mereka makan dengan banyak.
Sebab itulah, kita kena pilih yang lebih kecil agar tidak cenderung memenuhkan pinggan dengan makanan.
5. Merokok
Pengkaji di Universiti Glasgow mendapati bahawa merokok dapat berhubung kait dengan masalah perut buncit.
Tinggalkan Komen