Bila Dah Jalinkan Hubungan Dengan Seseorang, Jangan Terlalu Kerap Muat Naik Perkara Ini Dalam Media Sosial.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila rasa tengah bahagia ini, memang rasa nak bagitahu satu dunia yang kita ini bahagia. Mana tidaknya, rasa bahagia tidak cukup kalau hanya dirasai seorang diri, tentu sahaja mahu dikongsi bersama semua orang.

Nak-nak lagi sekarang ini lebih mudah nak sebarkan kebahagiaan yang dirasai pada orang. Dengan hanya melalui media sosial sahaja, rakan-rakan dan orang sekeliling anda tahu bahawa anda sedang menikmati saat-saat bahagia. Bahkan juga, mereka juga akan tahu siapa dan bagaimana kebahagiaan anda itu.

Walaupun niat anda hanya sekadar berkongsi sahaja, tapi tidak semua orang disekeliling anda senang akan perkara tersebut. Malah, boleh jadi mereka ini akan mendoakan yang sebaliknya pula pada diri anda. Tak cukup dengan itu, ada pula yang ingin merampas kebahagiaan anda.



Tidak kiralah, anda sedang hangat bercinta, bertunang ataupun bahagia miliki suami atau isteri yang begitu sempurna, tapi itu bukanlah satu perkara yang patut anda hebohkan. Menikmati segalanya berdua adalah lebih baik dari membuka peluang hasad dengki orang lain pada diri anda.

Berikut adalah perkara-perkara yang tak patut anda kongsikan di media sosial anda.

1. Gambar bersama

Terlalu banyak masukkan gambar bersama adalah perkara yang tidak sepatutnya. Masuk satu atau dua sudah mencukupi untuk menunjukkan bahawa anda sudah berpunya. Tak perlu nak masukkan hari-hari, hanya kerana nak kata anda ini bahagia. Nak-nak lagi kalau yang baru bertunang atau sedang bercinta, takut jatuh fitnah pula.



2. Hadiah

Bila pasangan beri hadiah, terus nak masukkan dalam media sosial. Sengaja nak biar orang sekeliling tahu bahawa pasangan anda ini sayang sangat dekat anda. Bukan itu sahaja, sengaja nak menunjuk bahawa anda dapat hadiah dari orang yang anda sayang. Kalau selalu sangat begini, jangan terkejut kalau tiba-tiba ada orang cuba kacau hubungan anda.

3. Perkara yang sweet

Bila dapat kejutan, dibawa pergi bercuti, dinner berdua dan macam-macam lagi perkara sweet terus sahaja buat satu karangan panjang dekat media sosial. Sengaja nak bagitu orang lain yang pasangan anda itu begitu sempurna dan membahagiakan anda. Terus sahaja nak kata anda begitu menghargai segala yang dia lakukan. Kalau bersyukur cukup cakap terima kasih padanya, bukannya masukkan ke dalam media sosial.



4. Quote yang menujuk

Sekejap-sekejap tag pasangan dekat quote yang romantik, eh kejap-kejap tag pula dekat yang sedih. Apa yang anda tag atau kongsi di media sosial itulah sebenarnya menunjukkan perasaan anda. Kadang kala, tak perlu nak tag pasangan, kalau rasa nak tunjuk perkara itu cukup kalau hantar pada pasangan secara personal. Tak adalah orang sakit hati dan mata ketika baca komen kalian yang agak manja itu.

5. Masalah kalian

Bila masa bahagia dan terlalu menunjuk semua perkara, sampaikan lupa ada masalah pun nak bagitu semua orang. Kongsi segala masalah yang berlaku dalam rumahtangga sekaligus membuka aib pasangan anda. Kalau ada masalah selesaikan berdua, bukannya buka segala pekung di dada.

Walau apa pun niat sebenar anda ketika sedang berkongsi perkara itu di media sosial, tidak semua orang memahami maksud sebenar anda. Jadi demi mengelakkan perkara yang tidak sepatutnya, adalah lebih baik kalau anda simpan semua perkara yang bahagia itu hanya untuk diri anda sahaja.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen