Ini Fakta Mengenai Jerawat & Tips Mengawal Masalah Tersebut. Bakal Pengantin Yang Ada Masalah Ini Wajib Baca.

Oleh: Zuzu Yasmine

Masalah kulit muka berjerawat, tentu sahaja pernah dialami oleh sesiapa sahaja. Cuma yang membezakan sama ada teruk ataupun tidak sahaja. Masalah jerawat bukan sahaja membelenggu kanak-kanak dan remaja, terdapat ramai dewasa yang mengalami masalah dengan jerawat terutamanya di bahagian muka.

Ada yang ambil masa bertahun-tahun untuk sembuh, ada juga yang ambil masa sekejap sahaja selepas melakukan beberapa rawatan. Tapi ramai yang tidak tahu akan punca dan sebab sebenar jerawat tubuh pada pemukaan kulit kita.



Mari kita ketahui sedikit fakta-fakta mengenai jerawat dan tips dalam mengawal masalah tersebut mengikut pandangan pakar.

• Pada kebiasaannya jerawat disebabkan pora-pora muka yang tersumbat. Ia berpunca daripada minyak semula jadi di muka yang dinamakan sebum, dan kulit mati yang tersumbat di pora-pora muka, yang menyebabkan pertumbuhan bakteria. Jerawat bukanlah tanda-tanda penjagaan muka yang tidak bersih. Bahkan, pembasuhan muka yang melampau akan menyebabkan masalah jerawat semakin ketara.

• Kajian menunjukkan kaum Hawa mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat masalah jerawat. Peralihan dan pergerakan hormon yang tidak sekata, terutamanya ketika kitaran menstruasi, mengandung, dan juga menopaus boleh mendatangkan maslah jerawat.

• Kehadiran jerawat di muka atau ‘breakouts’ boleh membawa maksud kepada masalah yang lebih kronik. Sangat elok sekiranya anda berjumpa denga doktor sekiranya masalah jerawat anda lain daripada kebiasaannya.

• Kebarangkalian anda mendapat parut jerawat adalah tinggi sekiranya anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai parut jerawat.

• Anda perlu menjauhi ubatan jerawat yang mengandungi alkohol. Hal ini kerana alkohol akan mengeringkan lagi kulit muka anda dan seterusnya memburukkan lagi keadaan.

• Masalah jerawat bukan sahaja menyebabkan parut fizikal, tetapi juga parut emosi. Sekiranya anda merasakan diri lebih malu dan keyakinan diri anda rendah pabila berhadapan dengan masalah jerawat, tiada salahnya sekiranya anda mendapatkan pertolongan daripada pakar, baik pakar dermatologi, mahupun pakar psikologi bagi mengawal tekanan perasaan anda.

• Antara perkara-perkara yang boleh menyebabkan masalah jerawat anda semakin teruk adalah, pendedahan kepada cahaya matahari yang terlalu banyak, apa-apa benda yang boleh menyebabkan perselisihan kepada kulit, dan juga mekap.

Perkara yang paling penting sekiranya anda merasakan bahawa masalah jerawat anda mengganggu kehidupan anda adalah berjumpa dengan doktor atau pakar dermatologi. Mungkin ia merupakan tanda-tanda kepada masalah kesihatan yang lebih kronik!




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen