Bukan Saja-Saja Nak Bagi Mahar Kepada Kaum Wanita Saat Akad, Ini Hikmah Yang Perlu Anda Tahu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Mahar ini tidak sama dengan wang hantaran. Selalu sangat orang tertukar antara dua perkara ini. Kalau hantaran ini, biasanya ia merupakan adat dalam masyarakat Melayu sahaja. Dimana, wang hantaran yang agak mahal atau sebaliknya, itu semua sekadar adat sahaja. Berbeza dengan mahar ini.

Apa itu Mahar? Mahar secara bahasanya bermaksud mas kahwin. Mahar merupakan hadiah yang diserahkan oleh si suami kepada isterinya apabila berlaku akad nikah. Ia dilakukan atas kerelaan kedua-dua belah pihak iaitu suami dan juga isteri.

Hukum memberi mas kahwin adalah wajib ke atas suami sama ada dengan nilai yang rendah atau tinggi. Suami ataupun keluarga isteri tidak berhak untuk mengambil mas kahwin tersebut melainkan si isteri yang mengizinkan.



Biasanya, mas kahwin atau mahar ini telah ditetapkan mengikut negeri masing-masing. Boleh rujuk seperti dibawah ini;



Berlainan pula dengan hantaran, kalau wang hantaran ini biasanya yang diminta oleh pasangan sendiri, keluarga ataupun seikhlas hati si lelaki. Yang ini tidak ketetapan, semuanya bergantung kepada kedua-dua belah pihak.

Penetapan mas kahwin dalam perkahwinan mempunyai pelbagai hikmah yang tersendiri. Antaranya ialah:

1. Sebagai pemberian hadiah

وَآتُوا النِّسَاءَ صَدُقَاتِهِنَّ نِحْلَةً ۚ فَإِن طِبْنَ لَكُمْ عَن شَيْءٍ مِّنْهُ نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَّرِيئًا
Mafhum: “Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian, jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya, maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat lagi baik kesudahannya.”
Surah An-Nisa 4:4

2. Tanggungjawab ke atas lelaki

Mas kahwin ataupun mahar merupakan pembayaran yang bersifat simbolik ke atas perkahwinan yang dijalankan. Ia merupakan tanggungjawab ke atas lelaki yang perlu disempurnakan ke atas perempuan yang ingin dijadikan isterinya.



3. Simbol persetujuan dan kerelaan

Ia merupakan simbolik kepada hadiah yang diberikan ke atas isteri. Isteri dan suami perlu bersetuju ke atas nilai yang ingin diberikan. Oleh itu, ia merupakan simbolik kepada persetujuan bersama sebelum menghadapi alam rumah tangga dan mengambil pelbagai lagi keputusan bersama.

4. Menandakan lelaki itu serius

Jika seseorang lelaki itu serius untuk menjadikan si perempuan itu sebagai isteri, maka dia akan berusaha sedaya upaya untuk menunaikan nilai mas kahwin yang diminta.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen