Pilih Lelaki Yang Tahu Hormat Anda Sebagai Wanita, Agar Anda Tenang Bila Di Sisinya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Buat anda seorang wanita, jangan mencintai seseorang yang anda rasakan anda cintakan dia dan anda mahukan dirinya, akan tetapi pilihlah mereka yang benar-benar boleh memahami anda sebagai seorang wanita. Dimana, dia tahu bagaimana nak menghormati diri anda bahkan ketika bersamanya anda tenang dan berasa selamat.



Bukannya ketika dirinya itu mahukan diri anda sahaja tetapi, dia masih sama sehinggalah anda sudah berumahtangga. Dia benar-benar melayani anda dengan baik sebagai suri dalam rumahnya.

Lelaki yang memahami akan fitrah semulajadi seorang wanita tentu tidak akan mengeluh saat anda cerewet mengatur dirinya.

Dia memahami diri anda, dia tahu setiap apa yang anda lakukan itu adalah yang terbaqik buat dirinya. Sebab itulah, tidak pernah sekalipun dia akan kritik atau complain akan setiap tindak tanduk anda. Dia akan memahami sikap anda yang sentiasa mengutamakn orang yang disayangi, sebab itu dia hanya akan tersenyum melihat sikap anda dan menuruti sahaja.

Lelaki yang memahami wanita ini tidak akan sewenangnya bertindak melulu dan mengatakan perkara yang tidak sepatutnya pada anda.

Dia tahu bahawa wanita ini seorang yang sensitif, mudah mengalirkan air mata dan mudah merajuk. Jadinya, dia tidak akan begitu sambil lewa dalam melayani diri anda ataupun berkata-kata. Nak-nak lagi dalam bertindak kasar atau keluarkan kata-kata kesat, jauh sekali.

Lelaki tahu bahawa wanita ini mudah berubah mood dalam masa sehari, jadi dia tidak mengeluhkan akan itu.

Sekejap baik, sekejap angin, sekejap menangis, itulah yang dilalui hari-hari wanita. Jadi sebagai lelaki, dia tahu jelas akan mood wanita yang berubah tidak tentu masa. Maka dengan itu, dia tidak mengambil mudah tetapi lebih berhati-hati akan mood anda sekaligus menjadi orang yang tahu bagaimana hendak tangani anda.

Lelaki faham bahawa wanita ini sikap cemburunya begitu melanggit, maka dia akan berhati-hati dalam tingkah lakunya.

Ini sebenarnya paling bahaya, seorang wanita mampu menahan rasa sayangnya bertahun-tahun tapi dia tidak mampu menahan rasa cemburunya. Maka dengan itu sebagai lelaki dia tahu bagaimana untuk tidak timbulkan perkara seperti ini, bahkan tidak menggunakan status rakan untuk menutup segalanya.

Lelaki memahami wanita ini kadang kala cuai dan tidak berfikir panjang, tapi dia tahu menasihati dan membimbingnya.

Menjadi tugas lelaki bahawa dirinya itu akan membimbing dan menasihati seorang wanita. Maka dengan itu, jika lelaki itu sentiasa bawa kebaikan buat anda, maka dialah orang yang anda perlukan. Dia akan sentiasa menenangkan anda, jadi pastikan anda tidak salah dalam memilih, dan anda akan mendapati pasangan yang baik buat kalian.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen