Jangan Pilih Lelaki yang Kedekut Sebagai Suami, Kalau Tak Nak Makan Hati.

Oleh: Zuzu Yasmine

Nak berjimat itu tidak salah, tapi kenalah tahu cara yang betul. Jangan masa nak kahwin, guna alasan nak berjimat hanya kerana konon nak halalkan hubungan atau segera berkahwin. Akan tetapi hakikatnya, sayang nak keluar duit.

Ketika dating, banyak wanita yang hulur duit buat belanja itu ini. Bukan salah, tapi kalau selalu sangat tak lelaki namanya. Duit dia, simpanan dengan alasan sebagai simpanan duit kahwin sedangkan dia memang sayang duit dia untuk orang lain, tapi kalau guna untuk diri sendiri tidak mengapa.

Itu yang menjadi punca selepas kahwin, barulah tahu bahawa suami sendiri seorang yang kedekut. Bab belanja rumah dan nafkah, sangat berkira tapi kalau untuk diri sendiri dan minatnya, tidak mengapa pula. Akhirnya, si isteri juga yang akan makan hati hari-hari nanti.



Jadinya, nak elak akan perkara ini berlaku, perlulah bijak dalam memilih pasangan. Macam mana nak pilih lelaki yang tidak kedekut, begini caranya.

1. Tidak bertolak ansur

Selalunya dia tidak mahu mengalah dengan wanita, dia mahu tunjuk yang dia bagus serba serbi. Sama juga dengan berbelanja, kalau dia terlalu tunjuk yang dia bagus itu ini, selepas kahwin belum tentu dia seperti itu. Sikap lelaki baik semua ada padanya tapi sebenarnya hanya berpura-pura sahaja.



2. Selalu kata tak ada duit

Bila ajak keluar, tak ada duit. Bila ajak makan, kata duit nak simpan kahwin. Terlalu banyak alasan menyatakan bahawa dirinya tak ada duit juga merupakan orang yang kedekut. Lainlah kalau dirinya itu memang banyak tanggungan dan juga orang yang tidak begitu mampu. Itu lain cerita okay.

3. Suka lepas tangan

Bila kena belanja, dia diam sahaja. Bila tak cukup duit pun dia buat tak tahu sahaja. Jika anda berjumpa dengan seseorang yang seperti ini, itu tandanya dia bukan seorang yang bertanggungjawab. Malah, dia hanya memikirkan untuk selamatkan dirinya dahulu bukan bersama-sama. Eee, tak gentlemen langsung.

4. Dia tak mengajak

Selalunya anda sahaja yang mengajak dirinya lakukan itu ini, makan sana sini. Bila anda ajak, andalah yang keluar duit, itulah yang dia fahamkan. Sedangkan, anda ajak anda nak luangkan masa bersama tapi nak buat macam mana si dia kedekut.



5. Jarang belikan anda sesuatu

Kalau pasangan lain belikan itu ini, dia pulak sebaliknya. Nak suruh beri hadiah hari-hari memang tidaklah tapi kalau kirim barang pun sampai claim balik ini memang dah namanya kedekut. Tak akanlah barang yang murah pun berkira, bukannya minta barang yang mahal.

6. Memang dah bagitahu awal-awal

Kalau jenis yang dah bagitu awal dia itu kedekut, tak akan anda nak tunggu lagi. Jangan ingat anda akan tahan dengan sikap kedekutnya, takut nanti anda sahaja yang makan hati. Sikap kedekut ini tak boleh bawa bincang!

Kalau masa bercinta dah ada sikap macam ini, baik elakkan. Takut nanti lepas kahwin pun masih kekal dengan sikap yang sama. Anda juga yang makan hati nanti.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen