Meneka Hubungan Cinta Dari Permulaan, Boleh Kekal Atau Tidak? Ini Menurut Kajian.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sesiapa sahaja tentu inginkan satu hubungan yang dibina itu akan berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Tak ada satu pun mereka yang bujang ini, bila bercinta hanya ingin main-main dan lakukan persinggahan sahaja, tentu masing-masing mempunyai niat ingin berkahwin dan berkeluarga.

Namun, nak kekalkan satu hubungan itu bukanlah satu perkara yang mudah. Dimana, banyak ujian dalam perjalanan mengekalkannya hingga ke jinjang pelamin. Malah jika tidak mampu bertahan, ada yang akan terpisah walaupun keduanya sayang antara satu sama lain.

Sebenarnya, kita dapat meneka hubungan cinta yang dibina itu dapat bertahan atau tidak sejak dari mula hubungan lagi. Biasanya ramai yang tidak perasan akan perkara ini kerana masing-masing sedang lemas dalam lautan cinta.



Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Developmental Psychology mendapati cara untuk menentukan hubungan cinta boleh tahan lama atau tidak berdasarkan tahap kebahagiaan setiap individu pada awal hubungan cinta.

Kajian yang telah dilakukan oleh ahli psikologi Christine Finn, Ph.D. ini telah melibatkan lebih daripada dua ribu pasangan selama tujuh tahun. Menurut beliau, terdapat beberapa pemboleh ubah yang menentukan sama ada hubungan cinta itu akan berkekalan atau tidak. Rupanya, mudah sahaja nak dikesan, terdapat dua tanda yang ditunjukkan.

1. Pasangan yang sebelum memulakan hubungan cinta sudah mempunyai kebahagiaan sendiri mereka akan lebih baik dalam hubungan berkasih sayang.

2. Manakala, orang yang memulakan hubungan cinta dengan rasa tidak bahagia, dia akan lebih tidak berpuas hati semasa hubungan cinta sehingga membuatkan mereka mudah akhiri hubungan tersebut.

Jadinya, kalau nak tahu adakah hubungan kalian akan kekal atau sebaliknya? Pastikan anda atau dirinya lebih menyayangi diri masing-masing dengan baik. Barulah mudah nak menghargai dan mampu pertahankan hubungan.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen