Sering Kali Dibohongi? Ini 5 Tanda Anda Ini Mudah Ditipu Dalam Hubungan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ada sesetenagh orang ini, bila dia sudah menyayangi dan juga mencintai, dia akan terlalu bersungguh-sungguh untuk mempercayai pasangannya. Walaupun, kadang kala perkara sudah jelas, tetapi tetap sahaja dia akan mempercayai pasangannya. Tentu ada dikalangan anda seperti ini bukan?

Kepercayaan dalam hubungan itu sememangnya memainkan peranan penting, dimana ia mampu menjadi satu perkara yang membuat hubungan itu kekal lama. Namun, jangan pula anda mempercayai pasangan hingga membuta tuli semua perkara.



Tanpa anda sedar bahawa kadang kala kepercayaan itu akan disalahgunakan oleh pasangan anda. Kepercayaan ini juga boleh membuatkan anda ini begitu mudah untuk ditipu oleh si dia. Nak tahu tanda-tanda anda ini mudah ditipu atau tidak? Jom baca ini.

Percaya pada pasangan anda setelah dia melakukan kesalahan

Setiap kali dia melakukan kesalahan, tentu sahaja dia akan berulang kali meminta maaf pada anda, dan pada ketika itulah anda akan mempercayainya kembali. Tidak kiralah apa yang dia lakukan sekalipun, anda sentiasa bersedia untuk memberi peluang kedua kepadanya, walaupun dia telah berkali-kali melakukan perkara yang melukakan hati anda.



Kemarahan anda akan cair dengan pujian darinya

Sesiapa tentu sahaja akan bergembira apabila mendapat pujian dari pasangan, tapi perlu juga kena dengan masanya. Ini apabila dalam keadaan tegang tapi dia pula beri kata pujian, tentu bukan masa yang sesuai. Lebih menyedihkan anda pula mempercayai kata-katanya itu. Memang mudah nak tipu anda ini.

Mudah terpengaruh dengan janji-janjinya

Sekejap janji itu, sekejap janji ini, akan tetapi segala janjinya itu semuanya tidak boleh pakai. Dia hanya menabur janji agar anda mempercayai dirinya. Tapi anda dengan mudah mempercayainya. Kalau sudah berkali-kali menabur janji yang sama, tentu sahaja dia hanya membohongi diri anda sahaja.



Tidak dengar nasihat orang lain tapi percaya pada pasangan

Anda terlalu percaya akan pasangan anda sehingga apa yang dikatakan oleh orang lain tidak akan didengari oleh anda. Anda sentiasa merasakan bahawa mereka itu cemburu akan hubungan anda, namun sebenarnya anda yang telah ditipu oleh si dia. Berapa banyak orang yang telah menasihati anda agar tinggalkan dirinya?

Tidak akan menolak pemintaan dari si dia

Paling-paling mudah nak ditipu apabila anda ini seorang yang tidak akan menolak pemintaan darinya. Setiap kata-kata dan ajakkannya terus sahaja anda terima sebulat suara. Aduh... kalau macam ini, memang kena tipulah jawabnya.

Mencintai seseorang itu ada batasnya, jangan hanya kerana anda mahukan dia, anda sanggup memejamkan mata dan mempedulikan segala perbuatannya. Ingat! Anda juga berhak bahagia.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen