Tak Salah Kalau Awal-Awal Nak Jual Mahal, Tapi Kalau Dah Nampak Usaha Dia Jangan Lepaskan Pula.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam mencari jodoh ini, tidak salah kalau kita terlalu berhati-hati dalam memilih, malah sikap jual mahal pun tak salah kalau ada. Tapi jangan terlalu memilih sehingga anda pula yang ditinggalkan. Ini kerana, sesetengah orang, bila dia tunggu terlalu lama, dia akan jadi penat dan mula putus asa.

Sebab itulah bila anda sudah nampak segala usaha dia untuk halalkan anda atau ingin hubungan serius dengan anda, jangan pula anda kekalkan sikap jual mahal dan memilih itu. Walaupun, dia itu bukannya taste anda ataupun seseorang yang anda harapkan tetapi boleh jadi dia adalah jodoh yang terbaik buat diri anda.

Siapa tahu bukan?

Perkara ini dijelaskan oleh Allah dalam surah Yasin ayat 36 yang bermaksud: “Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka mahupun dari apa-apa yang mereka tidak ketahui.”



Boleh jadi, orang yang paling anda tidak mahukan itu, adalah orang yang terbaik buat diri anda. Jadi jangan merasakan bahawa mereka itu tidak layak hanya kerana perbezaan ataupun kerana dia bukan seperti yang anda harapkan. Ini kerana, anda masih belum mengenali dirinya dengan baik sekali.



Jika anda melepaskan dirinya, kemungkinan untuk berjumpa seseorang yang baik sepertinya itu tidak akan ada lagi. Selepas ini, mungkin anda akan jumpa mereka yang sama seperti anda mahukan tetapi tentu akan ada ada yang tidak kena dengan dirinya.

Walaupun anda telah merancang dengan teliti semua perkara, tetapi jika itu bukan yang diizinkan oleh Allah swt, maka itu hanya akan jadi sekadar angan-angan anda sahaja.

Seperti dalam surah Al-Imran ayat 54:
“Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang, Dan ALLAH sebaik-baik Perancang”

Jangan merendahkan segala siapa dirinya, tetapi cubalah untuk melihat bagaimana usahanya pula. Tidak semua orang yang mendekati itu betul-betul menginginkan anda, sebab itulah lihat akan usaha mereka bukannya dengan apa yang mereka miliki.

Carilah seseorang yang ikhlas menyayangi diri anda dan mencintai anda, bukannya orang yang anda mahu dan inginkan. Ini kerana, seseorang belum tentu ikhlas dalam membalas cinta anda kelak.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen