6 Tips Ketika Bertemu Mertua.

Oleh: Rafi

Memang kekok untuk berjumpa dengan mertua atau bakal mertua. Rasa segan pun ada. Tak tahu macam mana nak menghadapinya. Apa nak buat, nak sembang apa dan sebagainya. Walauapapun, sebelum kita lakukan apa-apa, kenali dulu mertua kita dengan sebaiknya. Dekat bawah ni ada beberapa tip penting, jom baca.



1. Hobi.

Tanyalah terlebih dahulu kepada pasangan mengenai hobi ibubapanya. Setelah mengetahuinya, bacalah maklumat tentang hobi mereka. Jika mereka gemar berkebun, anda boleh membawa benih tumbuhan kesukaan mereka ataupun baca mengenai teknik-teknik terbaik untuk menanam pokok di cuaca Khatulistiwa ini. Ini akan memudahkan anda untuk berbual mengenai hobi mereka.

2. Tumpukan perhatian.

Apabila mereka bertanya, jawablah soalan dengan baik. Apabila mereka menceritakan sesuatu, beri perhatian dan dengarlah dengan baik. Ini kali pertama anda bertemu mereka, jadi kurangkan celoteh anda. Anda akan berpeluang untuk berceloteh di lain-lain pertemuan.



3. Bawa buah tangan.

Tujuan anda menemui mereka adalah untuk mengambil hati mereka bukan? Maka tiada salahnya jika anda membelikan buah tangan seperti buah-buahan atau kuih-muih. Ini akan menggambarkan bahawa anda bukanlah seorang yang kedekut.

4. Kekasih lama.

Walau macamana hebat pun bekas kekasih anda, jangan sekali-kali anda bercerita mengenai bekas kekasih di hadapan bakal mertua. Walaupun bekas kekasih anda adalah anak saudara kepada bakal mertua. Elak untuk menjawab secara spesifik.



5. Kesesuaian pakaian. 

Pastikan anda berpakaian kemas dan rambut tersisir rapi. Bagi yang lelaki, elakkan daripada memakai jeans koyak walaupun ianya fesyen terkini. Bagi yang wanita, paling selamat, anda boleh memilih untuk memakai baju kurung dan jangan kenakan mekap yang keterlaluan.

6. Ringan tulang.

Jika tuan rumah menjamu makanan, bagi wanita eloklah kiranya anda melawat ke dapur samada untuk membantu menyiapkan hidangan ataupun setelah selesai, anda boleh membantu mengemaskan meja. Walaupun tuan rumah medesak supaya anda tidak membantu, sekurang-kurangnya angkatlah pinggan anda ke dapur.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen