Nafsu Makan Memang Tak Terkawal Bila Duduk Rumah Je, Ini Cara Jaga Makan Dengan Betul.

Oleh: Zuzu Yasmine

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan sehingga 14 April, sudah tentu sejak duduk di rumah ini, banyak orang yang mula menunjukkan kemahiran mereka berada di dapur. Pada ketika inilah masing-masing mula tunjuk kemahiran ala Chef dengan mampu menghidangkan pelbagai jenis juadah.

Bukan itu sahaja, mulut dan perut juga sentiasa dahagakan makanan hingga membuatkan ramai rakyat Malaysia menjadi rajin untuk ke dapur. Tapi yang lebih membimbangkan adalah, pergerakan kurang dan kemungkinan untuk berat badan bertambah adalah tinggi.



Jadi apa nak buat?

Sudah tentulah anda perlu kurangkan pengambilan makan saat di rumah.

Tak boleh? Apa kata cuba tips ini;

1. Buat jadual waktu makan

Hadkan pergerakan anda ke dapur juga, jangan bila lapar sahaja baru ke dapur. Bukannya, bila rasa teringin nak makan anda ke dapur. Kalau rasa teringin nak makan ini akan membuatkan anda lebih 20 kali sehari ke dapur. Jadinya, pastikan anda bahagikan 3 waktu yang sesuai seperti waktu pagi, tengah hari dan juga malam.



2. Makan makanan yang seimbang dan sihat

Jangan makan sesuatu yang tidak membuat anda kenyang atau sesuatu yang ringkas. Pastikan anda ambil makanan yang seimbang pada waktu yang sepatutnya. Jangan makan makanan manis terlalu banyak atau makanan ringan yang kurangkan lapar sementara waktu.

3. Hadkan pengambilan kafein

Sesetengah orang mungkin suka meminum kafein setiap hari. Nak-nak lagi sekarang ini tengah viral dalgona latte, tentu sahaja ramai yang mencubanya. Cuba jangan minum kopi selepas pukul 11 pagi, supaya tidak mengganggu kitaran tidur anda. Adalah baik bagi anda untuk mengambil lebih banyak air mineral untuk menghidratkan badan anda.



4. Sediakan snek

Akan rasa lapar waktu tertentu, jangan lupa sediakan makanan ringan. Sebagai contoh seperti epal, pir, pisang, tarikh, atau anda juga boleh membuat smoothie kerana ia juga boleh menghidratkan badan anda. Anda boleh membuat smoothies dengan campuran sayuran, buah, dan protein tambahan dengan biji chia. Bukannya cake atau manisan yang terlalu manis.

5. Kawal diri anda

Paling penting sebenarnya adalah bagaimana anda kawal diri dan nafsu anda. Jika anda tidak mahu berat badan naik dengan mendadak, maka kawal diri anda. Jika terlalu ikutkan nafsu takut anda pula yang yang menyesal selepas tamat PKP nanti.

Perlu diingatkan, walaupun duduk di rumah anda perlu pastikan bahawa kesihatan anda terjaga juga.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen