Makan Terlalu Banyak Mi Segera Ketika Tempoh PKP, Sihat Ke? Cuba Check Ini Kesannya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sudah tentu ramai yang malas untuk keluar rumah. Bukan itu sahaja, gara-gara panic buying hari itu pun, ramai yang telah membuat perbelanjaan yang banyak tapi sayangnya barang yang dibeli itu hanya mi segera kerana merasakan ia mudah disimpan dan tahan lama.

Sekali sekala tak salah nak menikmati hidangan yang ringkas dan mudah ini. Kadang kala teringin juga untuk menikmati juadah ringkas ini. Tapi, pengambilan yang banyak sehari-hari dan mungkin berminggu tidak bagus untuk kesihatan tubuh badan ada.



Secara umumnya, mi segera terdiri daripada tepung, garam dan minyak, manakala garam terdiri daripada garam dan monosodium glutamat (MSG) , seperti yang disebut oleh Healthline.

Kebanyakan jenis mi segera juga cenderung rendah kalori, serat dan protein, tetapi dengan jumlah lemak yang lebih tinggi, karbohidrat, natrium dan mikronutrien terpilih. Dapat disimpulkan bahawa mi segera bukanlah jenis makanan yang akan memberikan banyak faedah kepada tubuh atau dapat dimakan secara teratur.



Mi segera masih bagus untuk dimakan pada masa-masa tertentu kerana beberapa mi segera dijual dalam varian yang lebih sihat. Dalam kajian yang diterbitkan di PubMed Central The American Journal of Nutrition Clinical yang melakukan penyelidikan di Indonesia mendapati bahawa separuh dari semua varian mi segera yang dijual di Indonesia diperkaya dengan vitamin dan mineral, sehingga mereka masih dapat menyumbang kepada pengambilan nutrisi harian.



Walaupun mi segera adalah makanan paling praktikal dan boleh dibuat pada bila-bila masa, lebih baik jika anda masih membataskan penggunaan. Oleh itu, lebih baik jika anda mengambil makanan berunsurkan sayur-sayuran dan buah-buahan dan bukannya menikmati mi segera dengan lebih banyak.

Ketika di rumah dan anda masih dibenarkan untuk keluar membeli barangan harian, adalah lebih elok sekiranya anda menjaga makanan dan juga kesihatan diri anda. Masa inilah saat sesuai untuk menikmati hidangan yang sihat.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen