Inilah Sebab Kenapa Kita Tak Suka Terserempak Dengan Bekas Kekasih, Walaupun Berselisih Bahu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Pernah terfikir atau tidak jika satu hari nanti kita berjumpa dengan bekas kekasih kita di tepi jalan. Tidak kiralah saat dia sudah bahagia atau sedang merana sebaliknya pun, tentu anda tidak mahu berjumpa dengan mereka ini bukan?

Sebahagian besar daripada kita ini sememangnya ingin mengelak untuk berjumpa dengan bekas kekasih. Bukan kerana masih belum move on, atau masih berharap, akan tetapi ia bukan satu perkara yang menyenangkan sesiapa pun.

Cuba bayangkan kalau satu hari nanti anda akan berjumpa dengan si dia secara tidak sengaja, apa yang akan anda lakukan? Bertegur sapa, atau hanya biarkan ia berlalu sahaja?



Mungkin kerana, dia pernah hadir dalam hidup dan memberi luka serta kebahagiaan, tentu sahaja ramai yang memilih untuk buat tidak tahu sahaja. Nampaknya ini boleh dijelaskan secara saintifik. Satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Neurophysiology pada tahun 2010 mendapati bahawa memori gelap masa lalu adalah sebab seseorang tidak suka melihat bekas kekasihnya lagi.



Tidak cukup mudah puncanya? Itu boleh dijelaskan secara saintifik kerana terdapat banyak perkara yang berlaku di dalam badan sehingga penyelidik membuat kesimpulan seperti itu. Dalam kajian penyelidik melibatkan 15 peserta yang ditolak oleh pasangan mereka pada masa lalu dan melihat aktiviti otak terhadap kesakitan.

Selain daripada cinta yang pernah mereka rasa, ada rasa sakit yang tertinggal sehingga mereka benci bertemu lagi dengan bekas. Dr. Sherrie Campbell menjelaskan bahawa pengalaman yang berkaitan dengan kemarahan, penyesalan, penolakan, rasa malu, dan kesedihan boleh membuat seseorang trauma, dan trauma itu adalah teras yang tidak suka bertemu semula dengan "sumber trauma "nya.

Biasanya perkara ini akan dirasai oleh mereka yang baru sahaja berpisah, buat mereka yang telah lama berpisah, tentu sahaja perasaan sebegini akan mula berkurangan dalam hati mereka. Sebab itu ramai yang memilih untuk tidak kisah akan bekas kekasih mereka.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen