5 Tanda Si Dia Tidak Sesuai Buat Diri Anda. Mungkin Ada Lebih Baik Selepas Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ramai yang merasakan, pasangan yang ada ketika ini adalah pasangan yang terbaik buat dirinya. Dimana, asalkan pasangan itu mahukan dirinya serta boleh menceriakan hari-harinya sudah mencukupi. Sedangkan, hubungan tidak hanya dua perkara itu sahaja, banyak lagi perkara lain yang perlu didalami dan difahami.

Hubungan tidak akan bahagia, jika ada hati yang terluka. Nak-nak lagi, jika anda adalah orang tersebut. Anda mungkin anggap bahawa seseorang akan berubah apabila anda menunjukan usaha dan cintanya tetapi sebenarnya, tidak semua akan menghargai perkara tersebut lagi.

Susah nak terima kenyataan bahawa seseorang yang kita cintai dan sayangi itu adalah orang yang tidak sesuai buat diri kita. Namun, disebalik kesedihan itu tentu sahaja akan ada sinar baru yang mengembirakan buat diri anda.



Nak tahu si dia itu sesuai buat anda atau tidak, cuba lihat tanda ini.

1. Bukan seorang yang menyokong

Jika dia seorang yang tidak menyokong diri anda dalam semua perkara yang anda lakukan, dia bukanlah seorang pasangan yang baik. Bukan itu sahaja, dia juga mengkritik segala usaha anda, nampaknya dia sememangnya bukan untuk anda. Pasangan yang baik adalah mereka yang saling menyokong dan berkongsi.



2. Tidak rasa tenang atau bahagia

Bila dia adalah pasangan yang tepat, anda akan merasakan kebahagiaan dan ketenangan di sisinya. Ini kerana, sikapnya dan tingkah lakunya itu yang tahu melayani anda dan membuat anda rasa selamat bersamanya. Itu belum lagi, jika anda rasa selamat bersamanya.

3. Rasa hubungan tak ada hala tuju

Dari awal lagi, anda sepatutnya boleh mengagak, adakah hubungan anda akan berakhri dengan baik? Itu semua boleh dilihat melalui tindakan, sikap dan gaya percakapannya ketika dalam hubungan. Jika anda rasa sebaliknya, jangan buang masa bersama orang sepertinya.



4. Tak dapat restu

Restu dalam hubungan ini tersangatlah penting, kerana ia akan membawa pada satu pengakhiran yang baik. Restu dari keluarga dan orang sekeliling akan membantu hubungan anda berjalan dengan lancar. Nak-nak lagi restu dari ibu ayah.

5. Dia tidak berusaha halalkan anda

Tiada usaha nak menghalalkan anda juga merupakan tanda bahawa dia tidak sesuai buat anda. Dia tidak bercakap atau berbincang mengenai perkara ini, dia bukan orang yang mahukan hubungan yang serius. Jangan buang masa lagi.

Jangan buang masa pada hubungan sia-sia, anda perlu tahu bahawa selepas berkahwin sangat serius dan perlukan kerjasama antara dua pihak. Buat pilihan yang akan membahagiakan anda, bukannya yang sebaliknya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen