"Semua Orang Mampu Berikan Cinta Tapi Belum Tentu Berikan Setia..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Perasaan hadir tanpa di duga, ia boleh berlaku kepada sesiapa dan di mana sahaja. Apabila mencintai seseorang, kita cenderung untuk menyayanginya dengan seikhlas hati dan sudah tentu menerima pasangan seadanya. Cinta hadir apabila dua hati rasa saling melengkapi antara satu sama lain.

Cinta itu menyerahkan sepenuh jiwa dan raga. Cinta sukar untuk pudar, kerana ia terpahat kuat di dalam hati tetapi ia memerlukan kesetiaan. Namun cinta juga mampu membutakan, kerana ia bersifat ingin memiliki.

“Saya cintakan awak...”

Walaupun hati kosong tanpa perasaan, tetapi mulut masih mampu untuk menyatakan rasa cinta dan juga sayang ini. Berlainan juga dengan kesetiaan pula.



Setia ini adalah satu perbuatan yang sukar sebenarnya. Ramai yang mampu berikan cinta tapi tak ramai yang mampu setia kepada pasangannya.

Kesetiaan ini tidak boleh dibuktikan dengan kata-kata jika tindakan tidak sama seperti yang dikatakan. Ini kerana, perbuatan boleh terkantoi bila mana masanya tiba, tidak seperti anda menyatakan kata-kata sayang kepada pasangan anda.



Kesetiaan itu adalah kemahuan yang dalam diri seseorang yang sememangnya dia mahu untuk lakukan. Bukan kerana terpaksa tetapi lebih kepada dia ikhlas dengan hubungan yang terbina, bahkan dia tahu bahawa untuk kekal dalam satu hubungan kesetiaan itu perlu.

Kesetiaan juga dikatakan sebagai satu pilihan dalam diri seseorang. Dia nak setia atau tidak, itu adalah pilihan yang dia lakukan.

Jangan ingat apabila dia kata dia menyayangi diri anda dan mencintai anda, dia akan setia dengan anda. Banyak sahaja kes dimana dia sudah mempunyai pasangan tetapi tetap sahaja bersama dengan orang lain di belakang pasangannya.

Perasaan sayang tidak mempu mengikat tindakan dan pilihan yang si dia mahukan. Walaupun berulang kali dia menyatakan tetapi bila mana dia curang atau tidak setia, dia tidak sepenuhnya cintakan anda. Sayang itu bukan segalanya, bila tiada kesetiaan di dalamnya.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen