"Sikit-Sikit Block & Diamkan Diri... Call Pun Tak Diangkat..." Mereka Ini Masih Belum Matang Nak Ke Hubungan Serius.

Oleh: Zuzu Yasmine

Mana-mana pasangan bercinta sudah tentu pernah mengalami perkara ini. Bila ada salah faham atau pertengkaran, mula nak silent phone, block dan ada juga yang sengaja tak nak jawab call. Aduh... kalau macam ini, macam mana masalah nak selesai.

Itu belum lagi, kalau ajak berbincang terus melenting dan mencari salah. Bila kita tegur tak terima, dia sahaja yang betul. Aduh susah juga kalau dapat pasangan macam ini. Banyak makan hati, tapi kalau dah sayang ramai sahaja yang sanggup bertahan.

Bab sayang ini ramai yang sanggup bertahan dengan pasangan masing-masing walaupun kadang kala naik meluat dan rimas juga. Mana tidaknya, sesiapa pun belum tentu tahan jika pasangan bersikap sebegini terus menerus.

Tahukah anda bahawa, jika pasangan seperti ini mereka ini belum bersedia untuk ke hubungan yang lebih serius.

1. Lebih takut nak berdepan, suka larikan diri

Orang seperti ini belum tahu nak berdepan dengan masalah secara matang dan juga tenang. Mereka selalu membuat keptusan mudah dengan melarikan diri. Walaupun masalah boleh diselesaikan tetapi mereka lebih suka lari dari berdepan dengan masalah tersebut.



2. Susah nak berbincang

Jika pasangan anda mempunyai sikap seperti ini, dia seorang yang susah nak dibawa berbincang. Baginya perbincangan bukan penyelesaian tetapi lebih untuk membawa perkara yang lebih teruk atau kebenaran yang menyakitkan. Kalau macam ini, sampai bila pun masalah tak selesai.



3. Selfish

Paling mudah nak baca adalah, mereka ini seorang yang sangat selfish. Dia tidak fikirkan perasaan orang lain tetapi lebih kepada fikirkan perasaan dirinya. Mereka ini hanya pentingkan diri dia sahaja, walaupun anda sebagai pasangannya, tetapi sahaja dia lebihkan dirinya.



4. Hubungan kalian tak matang

Hubungan yang matang akan memiliki satu perbincangan yang baik dari keduanya. Ada bertolak ansur dan juga saling ingin memahami. Jika seperti ini, anda dan si dia bukan dalam hubungan yang matang. Jadi, nak bawa ke hubungan yang serius seperti berkahwin sudah tentu agak sukar.

5. Dia rasa dia mampu kawal anda

Ini sebenarnya salah satu trik agar anda mengalah dan mengaku dia dipihak yang benar. Dimana dengan cara ini, dia merasakan dia mempu kawal diri anda serta hubungan kalian. Kalau macam ini, sampai bila pun kalian tidak akan berada dalam hubungan yang matang.

Sikap dan tindakan seseorang itu adalah gambaran dirinya. Jadi, semuanya bergantung pada anda untuk bertahan atau melepaskan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen