"Andai Engkau Kehilangan Cinta Manusia, Ingatlah Langit Itu Tidak Akan Berkurang Birunya..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Buat mereka yang sedang patah hati dan merawat luka sendiri, sudah tentu anda sedang melalui hari-hari yang sukar untuk berdepan dengan perkara ini. Bukan mudah nak melupakan seseorang yang anda sayangi, malah lebih sukar nak merawat luka kerana terluka atas perhubungan lalu.

Jika perlu anda menangis, maka menangislah sepuasnya. Ini kerana, dengan menangis itu mempu meluahkan segalanya yang terbuku di hati. Malah, tangisan anda itu juga mampu merawat luka di hati anda serta membuatkan anda menjadi lebih kuat.



Jika anda rasa ingin luahkan, carilah seseorang yang paling anda percaya. Luahkan segalanya padanya. Apa yang anda rasa dan bagaimana anda sedang kecewa ini. Jangan malu dan takut untuk katakan segalanya. Ini kerana, dengan luahan ini anda mempu berasa tenang dan tidak terbeban.

Hari-hari yang dilalui itu memang akan rasa sunyi dan juga penuh dengan penyesalan. Tapi jangan bimbang, inilah cara yang akan membuatkan hati anda menjadi lebih kuat dan juga mampu bangkit semula.

Memang dahulu hari-hari anda dipenuhi dengan dirinya. Kesana kesini bersamanya, malah 24 jam tidak lepas untuk membalas segala pesanannya. Tapi, untuk apa kenang itu semua andainya dirinya sudah tidak memperdulikan anda lagi. Andai dirinya sudah memutuskan hubungan yang terbina.

"Andai engkau kehilangan cinta manusia, ingatlah langit itu tidak akan berkurang birunya..."

Jangan terlalu meratapi hati manusia yang sudah tidak mahukan diri anda. Jangan meratapi kepergian dirinya. Akan tetapi, bersyukurlah bahawa anda bebas dengan orang yang akan mensia-siakan anda kelak.



Bersyukurlah bahawa anda tidak terlalu jauh dan lama terjerat dalam cinta yang mensia-siakan. Bahkan, anda juga sudah terselamat dari hubungan yang tidak sepatutnya. Itu satu kelebihan dalam putus cinta sebenarnya.

“Tidak mengapa terluka dan kecewa hari ini, esok atau lusa anda lebih berani dalam memilih cinta...”

Saat ini, gunakan masa yang ada sebaik mungkin untuk merawat luka di hati. Jadi seorang yang berani untuk berdepan dengan kenyataan walaupun ia menyakitkan. Berani berdepan dengan kenangan lalu yang melukakan.



Jangan bersedih kerana dia tinggalkan anda, tetapi bergembiralah kerana anda akan bertemu dengan mereka yang lebih baik buat diri anda.

Seperti dalam surah Al-Imran ayat 54; “Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang, Dan ALLAH sebaik-baik Perancang”.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen