Ini Tanda Dia Sedang Berusaha Halalkan Hubungan Kalian, Beri Sokongan Kepada Dirinya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kadang kala kita tidak tahu apa yang bermain difikiran seseorang. Boleh jadi mulut hanya katakan sayang, tapi di hati dan fikiran. Akan tetapi, boleh jadi juga mulut tak menyatakan sayang tetapi dia sedang usaha menghalalkan diri anda.

Sebagai seorang wanita, anda tentunya mahukan seorang lelaki yang ingin halalkan anda dengan segera. Inginkan seorang lelaki serius dengan hubungan, malah hubungan yang terbina juga dikatakan mempunyai masa depan.

Tapi itulah, kadang kala sebagai seorang wanita, anda terlalu cepat sangat mengalah. Bukan itu sahaja, ada juga yang cepat sangat buat kesimpulan sendiri. Tentu anda ingin tahu bagaimana seorang lelakiyang sedang berusaha halalkan anda. Berikut adalah tanda-tandanya;



1. Pasangan mula menjadi matang

Jika dulu dirinya hanya lebih memikirkan diri sendiri dan bersikap kebudak-budakan, kini tidak lagi. Dia mula berubah menjadi seorang yang matang dalam hubungan. Malah kalau membuat keputusan pun dia akan lakukan yang terbaik untuk kalian. Sudah tidak ada sikap yang acuh tak acuh itu.



2. Mula memikirkan masa depan

Kalau dulu dia tidak mempunyai kerja tetap atau malas berkerja, kini dia mula berkerja tetap dan mempunyai rezeki halal. Berusaha membuat simpanan serta mula memikirkan apa yang terbaik buat masa depan kalian. Dia dah tak main-main dah, masa ini sudah serius.

3. Tahu bezakan mana yang penting atau tidak

Kalau dulu, rakan-rakan ajak lepak dia tentu sahaja akan ikut sehingga ke pagi, tidak mempedulikan anda dan lebih utamakan hal peribadinya. Tapi kini, dia tidak sebegitu, yang mana dia rasa tidak berbaloi dan membuat hubungan goyang, dia akan tinggalkannya. Tentu anda seronok melihat perubahan itu.



4. Berkerja keras untuk anda

Demi menghalalkan anda, dia mula melakukan dua tiga kerja. Dia ingin segera dapatkan simpanan dan halalkan anda. Dia sentiasa cari cara bagaimana agar simpanannya cukup dengan segera, tapi bukan itu sahaja dia juga ingin sediakan keselesaan selepas berkahwin nanti.

5. Mula belajar ilmu agama dan rumahtangga

Apabila tiba rasa tanggungjawab sebagai seorang suami, dia akan mula mendekatkan dirinya untuk mendalami ilmu rumahtangga dan juga agama. Barulah sesuai dengan status suami sebagai pembimbing. Dia mahu menjadi yang terbaik buat anda.

Kadang kala, anda tidak akan nampak perubahannya. Bahkan, dia hanya buat acuh tak acuh sahaja di depan anda tetapi sebenarnya dia serius.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen