Yang Single Jangan Asyik Pandang Dinding Je, Masa Inilah Nak Tegur Crush Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Buat mereka-mereka yang bujang, masa ini tentu sahaja anda menghadap telefon bimbit 24 jam malah ada juga yang menghabiskan masa dengan tidur dan mengadap dinding sahaja. Nak-nak lagi buat mereka yang sedang duduk di rumah bujang, jauh dari ibu bapa. Tentu rasa sedikit sunyi di hati anda bukan?

Jangan mudah cemburu dengan melihat pasangan yang sudah berkahwin menyayang kemesraan mereka di media sosial. Jangan pula terlalu sibuk rasa diri anda terlalu sunyi tiada yang teman, masa inilah anda perlu guna sebaik mungkin untuk diri anda.



Kalau mereka bahagia, anda pun boleh bahagia. Cuma bahagia mungkin berbeza. Orang bujang ini, dia punya kebahagiaan lain macam sedikit. Jadi nikmati saat-saat ini.

Kalau rasa sunyi, jangan takut nak tegur crush

Masa ini kena beranikan diri, cuba untuk tegur crush dan bersembang dengan dirinya. Mana tahu mula dari kawan lama-lama hati terpaut. Selagi anda tidak cuba, selagi itulah anda tidak tahu isi hatinya. Mana tahu pada waktu ini pesanan anda dibalas, mana tidaknya dia pun sedang merasai kesunyian yang sama seperti anda.



Kalau rasa bosan, dekatkan diri dengan Allah

Gunakan masa ini untuk anda lebih dekat dengan Allah. Masa inilah anda gunakan peluang untuk meminta dan berdoa kepada Allah. Jangan lepaskan peluang ini, setiap kali solat dan juga solat sunat berdoalah kepada Allah. Tak lupa juga, rajinkan diri untuk membaca al-Quran agar jiwa lebih tenang dan anda juga lebih rasa bahagia walaupun tiada pasangan kerana ada Allah.

Jangan malas nak cuba laman cari jodoh

Dah sunyi dan tiada teman, apa kata anda cuba untuk layari laman cari jodoh pula. Banyak calon yang sudah tersedia, tidak perlu anda keluar untuk mencarinya. Cari yang mana paling anda mahukan dan berkenan, masa itu mulakan perbualan dengannya. Jangan malu, masa inilah anda cuba untuk dapatkan jodoh.

Selamat bertegur dengan jodoh!



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen