Kahwin Semasa Belajar... Adakah Wajar?

Oleh: Rafi

Perkahwinan di kalangan mahasiswa dan mahasiswi menjadi perbincangan yang sentiasa ada pasang dan surutnya. Ibubapa, penuntut dan masyarakat mempunyai pelbagai pandangan dalam menghadapi isu ini. Apa yang pasti kebanyakan pandangan ini amat sukar disatukan. Pernikahan merupakan suatu tuntutan yang tidak dapat dipisahkan dalam memperkasakan sistem kekeluargaan. Umumnya, masyarakat meletakkan urusan pernikahan adalah perkara yang amat penting untuk dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran. Pelbagai perkara yang akan diberikan tumpuan di dalam memastikan berjaya atau tidaknya sesuatu majlis yang akan diadakan.



Berikut beberapa kebaikan dan kelemahan berkahwin semasa di menara gading.

KEBAIKAN.

1. Dapat mengawal nafsu dan elakkan maksiat.

2. Batas2 pergaulan terpelihara.

3. Selamat dari gangguan orang.

4. Dapat kahwin diusia muda & mempunyai anak yg. telah dewasa semasa pencen nanti.



5. Menambah pengalaman hidup.

6. Bebas dari terjebak dlm cinta monyet.

7. Semoga hidup lebih berkat.

8. Orang laki yang dah kawen lebih afdal amalannya.

KEBURUKAN.

1. Duit sara hidup masih ditanggung keluarga, macam mana nak sara isteri?

2. Kebayakan pasangan yang kahwin muda banyak yang cepat bercerai.



3. Mengandung mengganggu waktu study dan juga tempoh bersalin - kena extend semester.

4. Belum cukup matang.

5. Tangguungjawab bertambah dari student yang tak kahwin.

6. Biasanya timbul masalah kewangan.

7. Seorang sakit sorang lagi mesti kene jage...macam mana masa belajar?

8. Kalau belum ada penaja susah nak dapat...sebab kebanyakan penaja letak syarat single.

Fikir-fikirkan lah...

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen