Belajar Memahami Pasangan Anda, Hubungan Akan Lebih Kekal & Harmoni Kelak.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap dari kita tentu sahaja akan berdepan dengan masalah untuk memahami orang sekeliling, walaupun orang itu adalah pasangan kita yang telah bertahun-tahun bersama dengan kita. Tidak hanya itu sahaja, kita juga selalu meminta agar pasangan atau orang sekeliling kita memahami diri kita, tapi sedikit pun tak pernah kita cuba untuk memahami mereka.

Dalam hubungan ini, memahami antara satu sama lain adalah perkara yang agak penting juga. Memahami bahasa tubuh dan gaya percakapan dirinya, tentu akan memudahkan diri kita untuk ketahui mood sebenar si dia.

Tapi selalunya, bila dia mood kelaut ataupun macam acuh tak acuh sahaja, tentu lebih mudah kalau anda sekadar mendiamkan diri. Tindakan anda silap sebenarnya. Mereka juga ingin difahami. Untuk itu, penting untuk anda ketahui cara memahami orang lain, tidak kiralah pasangan atau orang sekeliling anda.



1. Mesej yang tidak diucapkan

Terdapat banyak cara untuk menyampaikan mesej dalam komunikasi. Untuk memahami orang lain, terutama yang paling dekat dengan anda, cuba untuk mempelajari bahasa yang tidak mereka bicarakan. Seperti gerak badan, reaksi terhadap sesuatu, dan juga ekspresi wajah. Melaporkan dari Huffington Post, semua orang mempunyai bahasa yang tidak mereka katakan. Jadi, anda perlu belajar dari setiap orang.



2. Bayangkan diri anda menjadi dia

Selain itu, anda juga boleh meletakkan diri anda dalam kedudukan orang itu. Apa yang akan kamu rasakan? Bagaimana perasaan anda? Dan yang paling penting, bagaimana anda akan bertindak balas terhadap sesuatu. Berfikir dan bertindak seperti mereka.

3. Toleransi

Setiap orang mempunyai moral, nilai, dan kepercayaan yang berlainan. Jadi reaksi mereka terhadap sesuatu boleh jadi sangat berbeza. Sekiranya anda melihatnya, cuba lebih toleran terhadap orang lain.



Oleh itu, Washington Post menulis, 3 perkara ini boleh menjadi cara yang betul untuk belajar bagaimana memahami orang lain. Sudah tentu untuk memahami orang lain, anda memerlukan banyak masa. Walau bagaimanapun, dengan bertambahnya toleransi, perlahan-lahan anda akan dapat memahami mereka.

Untuk kekal dalam satu hubungan, perkara ini tersangatlah penting. Dengan memahami, anda dapat jernihkan keadaan dan pulihkan hubungan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen