Kaum Wanita, Jaga & Sayangi Rahim Anda Dengan 2 Perkara Ini. Mudah Sahaja!

Oleh: Zuzu Yasmine

Jangan culas menjaga rahim anda dengan baik wahai kaum wanita. Ini kerana, tidak semua orang bernasib baik untuk memiliki rahim yang sihat seperti anda. Maka dengan itu jagalah ia sebaik mungkin kerana ia sangat berharga.

Nak-nak, buat mereka yang masih anak dara lagi. Jangan pandang mudah dalam menjaga rahim anda. Ini kerana, disitulah aset paling berharga buat seorang perempuan. Di dalam rahim itu, anda mampu mengandungkan anak dari lelaki yang anda cintai. Sangat berharga bukan?

Sebab itulah sangat penting menjaga aset berharga ini. Menjaganya pun tidak serumit yang anda sangkakan. Hanya dua perkara sahaja di perlukan iaitu;

• Selawat dan zikir

• Diet yang sihat

Banyak makanan yang membantu dalam penjagaan rahim, Antaranya ialah nenas. Nenas mengandungi enjim bromalin. Selain nenas, betik juga elok diamalkan dan ia bagus untuk rahim. Ini kerana betik mengandungi enzim papase. Kedua-dua enzim berperanan untuk membersihkan darah kotor di belakang rahim.



Selain itu, amalkan juga makan keledek merah. Keledek merah membekalkan sedikit hormon progesterone. Amalkan juga makan keladi kerana ia ada sedikit estrogen. Ubi kayu pula ada sedikit B17 (anti kanser). Makanan tersebut membantu penjagaan rahim.

Kunyit, bawang merah, bawang putih, halia dan serai juga bagus kerana bahan-bahan ini ada kesan anti inflammantory juga berperanan menjaga rahim. Perbanyakkan juga makan sayur sayuran khususnya yang berwarna hijau seperti bayam, sawi, pucuk paku, kubis, kacang, lobak merah, brokoli, taugeh dan lain-lain.



Selain sayur-sayuran, buah-buahan juga baik untuk menjaga rahim,. Banyakkan makan buah-buahan seperti jambu, oren, mangga, epal, dan buah naga. Kekacang juga mengandungi khasiat untuk menjaga rahim. Makanlah pelbagai kekacang seperti kacang tanah, gajus, badam, walnut, dan lain-lain. Baik juga dimakan bersama kismis dan kurma.



Makan lebih ikan seperti ikan kembung, tenggiri, bawal, tuna dan tongkol. Amalkan minum teh hijau yang mengandungi anti okskidant yang boleh mencegah penyakit. Amalkan minum susu segar (lembu atau kambing) setiap hari. Amalkan juga pengambilan suplement multivitamin, vitamin C(1GM) dan vitamin E (400 IU), logam kalsium dan minyak ikan (1-200 GM) setiap hari.



Sering juga haid tidak lancar keluar dan adakala haid tumpah/melimpah ke belakang rahim. Fenomena tersebut dikaitkan dengan rahim retroverted dan saluran pintu rahim sempit. Tanda utama ialah senggugut dan terdapat sistem pembersihan darah haid.

Bila sistem ini gagal akibat penurunan imuniti ekoran daripada pemakanan kurang berzat dan tinggi tahap racun serta peningkatan stres, darah haid menimbulkan penyakit endometriosis dan adenomyosis. Ketumbuhan yang paling sering berlaku pada rahim ialah fibroid. Walaupun ia boleh menimbulkan gejala-gejala yang sama tetapi ia boleh dibuang melalui pembedahan dan dipulihkan kemampuan hamil.



Dipercayai juga darah haid yang tidak lancar dan bertakung di belakang rahim menggalakkan gangguan jin dan syaitan terhadap rahim. Oleh sebab itu, ketika haid wanita tidak boleh solat dan baca al-Quran, sebaiknya banyakkan zikir dan selawat sebagai langkah mencegah gangguan jin dan syaitan.

Ini antara amalan doa yang boleh diamalkan selain selawat dan zikir untuk menjaga rahim. Hafal dan amalkan.





Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen