Dah Kahwin Nanti Jangan Tinggal Sebumbung Dengan Mertua, Masa Inilah Nak Berdikari Bersama Pasangan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Rasanya dah ramai yang pesan bahawa selepas sahaja bergelar suami isteri, jangan duduk di rumah mertua atau mak sendiri. Bukan apa, lebih banyak kebaikan kalau anda duduk berdua sahaja dengan pasangan anda, berbanding rumah keluarga.

Memang masa mula-mula agak perit nak uruskan hidup berdua, nak mulakan hidup baru. Mana tidaknya, banyak perkara yang anda perlu uruskan. Nak-nak lagi jika ia melibatkan keselesaan rumah, memang serba serbi akan kurang.

Lain pula kalau duduk dengan keluarga ini, semuanya ibu bapa telah sediakan dan siapkan. Anda hanya perlu uruskan bilik dan pasangan anda sahaja. Orang kata mudah dan boleh goyang kaki berbanding nak duduk sendiri.



Walaupun perit awalnya, banyak kebaikan yang anda boleh nikmati bersama sebagai suami isteri. Dari saat susah dan senang anda mampu harungi bersama-sama dengan pasangan tanpa bantuan dari ibu bapa kalian. Akan ada yang berpendapat bahawa baru kahwin tak salah kalau nak duduk bersama keluarga mertua.

Nak ada perselisihan faham dengan orang dalam rumah yang anda tinggal itu bukan perlu anda baru duduk atau sudah lama, tetapi ia boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Tak akan bila dah berlaku baru nak sibuk jernihkan dan pindah rumah?

Antara kelebihan tinggal berdikari bersama pasangan;

1. Saat susah senang kalian walaupun rumah sewa yang kecil itu akan jadi satu kenangan indah selamanya. Nak-nak jika selepas bertahun kahwin, jadi untuk anda buat throwback pun rasa macam ada kenangan yang indah sahaja.

2. Kalau ada salah faham dengan suami isteri pun tidak akan terbabit dengan orang luar. Hanya anda dan pasangan sahaja yang terlibat, orang lain pun tidak akan tahu masalah kalian kalau tidak dicerita oleh anda sendiri.



3. Lebih banyak masa untuk kalian beromantik bersama. Tiada batas atau halangan bila duduk berdua ini, jadi anda dengan pasangan bebas nak buat apa sahaja tanpa perlu rasa bimbang atau malu. Kalau tinggal di rumah keluarga, anda hanya bebas di dalam bilik sahaja.

4. Masing-masing akan selesa kerana tiada aurat yang perlu dijaga atau tiada hati yang akan terguris dengan sikap kalian berdua. Kira macam tak nak keluar rumah pun tiada siapa yang kisah. Kalau duduk di rumah keluarga, tentu akan ada yang berbunyi.



5. Hubungan kekeluargaan juga akan lebih terjaga. Anda tidak akan bermasam muka dengan sesiapa pun, malah nak jumpa mereka pun jarang-jarang. Jadinya, bila jumpa tentu akan rasa seronok berkumpul.

6. Duduk berasingan ini akan membuatkan kalian lebih berdikari dan matang untuk berdepan dengan cabaran rumahtangga. Tidaklah anda merasa dan mengharapkan pertolongan orang. Setiap perkara yang berlaku kalian berdua akan sama-sama harunginya.

Tak apa tak mampu memiliki rumah sendiri, atau tidak mampu nak sewa rumah yang selesa. Bila kalian duduk berdua tanpa orang lain, itulah akan jadi kebahagiaan dan keselesaan bersama anda.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen