Dalam sebuah rumahtangga ini, perlu ada saling memahami dan bertolak ansur. Ini kerana, dua perkara ini tersangatlah membawa kebaikan dalam hubungan yang terbina. Nak hubungan bahagia dan sentiasa tenang, dua perkara ini juga perlu sentiasa diamalkan, barulah tidak sentiasa tegang dan juga rasa masam sahaja hubungan tersebut.
Ada orang, dia sangat beruntung bila mana dia bertemu dengan pasangan seperti ini. Tak perlu diminta-minta, dia memang semulajadi seorang yang memahami dan bertolak ansur. Aduh untungnya.
Ada juga yang dapat sebaliknya. Ini yang selalu rasa rasa nak marah sahaja dan rasa kurang mendapat perhatian dari pasangannya. Jika anda memiliki pasangan seperti ini, anda pun turut perlu bersyukur kerana mempunyai pasangan, jika nak bandingan dengan dengan mereka yang belum bertemu dengan pasangan hidup mereka.
Pasangan yang baik atau sebaliknya itu adalah ujian buat diri kita. Ujian untuk kita lebih dekat kepada Allah swt dan juga ujian untuk kita lebih mudah untuk ke syurga.
Mana-mana hubungan, jika tidak diluahkan rasa hatinya tentu akan menjadi satu bara yang tersimpan. Bahkan, ia menjadi satu perkara yang boleh memusnahkan kemesraan dalam hubungan sekaligus membuatkan hubungan tersebut renggang.

Walau macam mana pernagai pasangan anda, sudah tentu anda begitu menyayangi dirinya bukan. Sudah tentu dia juga pernah membuat anda bahagia dan mencintai anda. Jadinya, menjaga hati dan sama-sama pertahankan hubungan ini adalah perkara yang sangat penting.
Jadi, dari anda terus merunggut di dalam hati dan menambah dosa seorang diri, baik anda beri teguran agar kalian sama-sama dapat perbaiki apa yang kurang itu. Jangan bila nampak dia macam itu, anda hanya geram dan simpan dalam hati sahaja. Lama-lama ia menjadi kemarahan dan anda pula jadi hilang hormat pada pasangan.

Bila pasangan buat salah, tegur jangan simpan-simpan.
Bila pasangan lukakan hati anda, beritahu agar dia dapat perbaiki.
Bila nak tegur pasangan, gunakan cara yang lembut dan tidak menyakitinya.
Bila pasangan acuh tak acuh sahaja, cuba untuk beritahu berkali-kali. Jangan letih.
Dalam hubungan suami isteri ini adalah jalan untuk kalian menjadi insan yang lebih baik lagi. Sama-sama untuk saling memperbaiki antara satu sama lain. Maka dengan itu, jangan takut nak tegur pasangan kita. Jangan simpan semuanya seorang diri, nanti kelak akan makan diri sendiri.
Sebagai pasangan pun, berlapang dada terima teguran dari yang tersayang. Kata sayang...
Tinggalkan Komen